Didik Anak bersahur akan menjadi mudah andai ibu bapa faham dengan tekniknya. Ikuti Panduan mudah ini agar anak-anak rajin bersahur dan meneruskan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.
1. Cerita tentang keseronokan sahur dan puasa
Kanak-kanak sebenarnya akan teruja apabila di beritahu tentang perkara baru. Barangkali sebelum ini mereka belum pernah mengalaminya.
Contoh : Ceritakan tentang perut manusia yang sungguh sibuk setiap hari dan perut perlu berehat. Ramadhan adalah waktu rehat bagi perut dan perkara-perkara yang mereka boleh visualkan dan fahami.
2.
Bersahur adalkalanya tidak membuatkan orang berselera, apatah lagi anak kecil. Berikan makanan dan minuman yang membuka selera mereka. Jika mereka tidak boleh menerima apa yang orang tua makan, jangan memaksa mereka untuk makan. Ini boleh menyebabkan semangat mereka terhenti.
3. Berikan kata-kata inspirasi dan pujian
Puji sikap anak yang mahu belajar bangun awal untuk bersahur dan belajar berpuasa.
4.
Galakkan anak bersahur waktu-waktu terakhir sahur. Jangan di bangunkan terlalu awal. Ini akan menyebabkan mereka akan kembali lapar selepas Subuh.
5.
Didik anak belajar berpuasa setakat mana yang mampu. Puasa bukan kewajipan kepada anak-anak yang belum baligh. Mendidik mereka dengan sesuatu yang konsisten adalah lebih baik daripada memaksa mereka dengan sesuatu yang mungkin mengakibatkan mereka berasa terseksa.
Teknik Gerakkan Anak Bersahur :
a) Ibu bapa boleh menjalani aktiviti berlumba siapa yang dapat kejutkan ahli keluarga antara jam 4:30-5.00 pagi. Dengan adanya aktiviti perlumbaan, mereka akan membayangkan itu merupakan satu permainan baru buat mereka. Ini pasti menjadi sesuatu yang menyeronokkan apabila masing-masing bersedia untuk bangun awal.
b) Bagi anak yang sukar untuk bangun, mereka perlu di kejutkan dengan sentuhan. Adakalanya kita perlu membangunkan badan mereka dan menepuk-nepuk bahu. Sentuh ibu jari kaki mereka dan ini akan membuatkan mereka membuka mata.
Insya Allah
- Sedikit Iklan -
Tip Buat Ibu
1. Makanan Sahur perlu diubahsuai setiap hari supaya mereka tidak jemu dengan makanan yang sama.
2. Riadah di luar sebelum berbuka puasa. Berehat-rehat di taman dan bermain aktiviti ringan yang membuatkan mereka tidak sedar masa berjalan.
3. Mendedahkan dengan aktiviti di surau dan bawa mereka ketika berbuka puasa di masjid yang berlainan dan moreh selepas terawikh.
4.
Paksaan akan membuat mereka menjadi tidak suka. Ceritakan perkara-perkara yang menggembirakan mereka seperti syurga dan keseronokan berpuasa. Ini membuatkan mereka berfikir dan membuat keputusan dengan baik sama ada untuk meneruskan puasa atau tidak.
5. Tontonkan mereka dengan video atau rancangan kanak-kanak yang menggalakkan sahur dan berpuasa.
6. Makanan tambahan atau supplemen yang banyak di pasaran juga membantu anak-anak bertenaga lebih lama selain mengamalkan makanan sunnah seperti kurma,kismis dan sebagainya.
Puan Muna 'Izzah Fadzil
Perunding Imej, Komunikasi dan Suara,
Pengkaji Tim Hadith Psikologi Berkenaan Teknik Komunikasi Cara Nabi Muhamad SAW
Sb Professional Academy &
No comments:
Post a Comment