Bongkar 5 Rahsia Sembunyi 'Spare Tyre'



Salah satu dilema wanita adalah bab nampak 'spare tyre', tambah pula selepas melahirkan anak. Semua baju yang dipakai mula nampak ketat. Habis lemak-lemak di perut jelas kelihatan. Bukan salah fesyen tetapi anda perlu bijak sembunyikan kelemahan anda itu. Walaupun mempunyai perut berlipat, anda masih boleh bergaya seperti wanita bertubuh langsing. Cuba ikuti cara yang dikongsi ini...




1. Pilih Jaket atau Cardigan
Salah satu cara untuk sembunyikan perut berlapis adalah dengan pakai jaket. Pilih jaket yang mengikut bentuk tubuh untuk cipta ilusi tubuh langsing. Elak pakai jaket yang terlalu besar untuk elak nampak sisi gemuk dan pastikan tidak terlalu ketat pada tubuh.



2. Tuck In
Sekali pun mahu ikut fesyen terkini, tetapi jangan cuba gaya ini jika anda berusaha menyembunyikan lebihan lemak di perut. Tindakan anda memasukkan baju ke dalam seluar atau skirt hanya membuka rahsia bahagian itu.



3. Gayakan Banded Top
Jika baju anda mempunyai katan atau jerutan di bawah, secara automatik bahagian 'tersembul' keluar itu boleh disembunyikan. Bentuk perut dan pinggang akan tersorok tanpa ada yang ketahui tentang rahsia perut berlipat anda. Jadi anda perlu lebih berhati-hati pilih baju yang sesuai.


4. Tekankan Warna Gelap
Ya, hitam adalah satu rona yang lebih selamat untuk jadi 'pelindung' kawasan berlemak. Tidak salah sembunyikan 'kekurangan' sebelum anda cari jalan untuk musnahkan lemak-lemak degil yang ada. Lagi pun, hitam adalah warna yang sangat sesuai untuk wanita.



5. Fabrik Tidak Melekat
Untuk selesa, anda patut memilih kain daripada satin atau kapas. Bagi wanita yang mempunyai tubuh berisi dan perut berlipat, anda kena elakkan kain jersi atau lycra yang mungkin akan melekat pada tubuh. Walau pada anda kainnya sejuk untuk dipakai, tetapi kalau buruk di mata orang lebih elok anda elak pakai.


Sumber : Mingguan Wanita

Semoga Bermanfaat!!

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test