6 Tip Lebatkan Bulu Kening



Bulu kening lebat persis gadis timur tengah menjadi idaman wanita. Lantaran ramai yang belajar teknik melukis kening agar dapar memiliki kening yang indah. Sebenarnya, ada cara dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk memiliki kening lebat.



1. Lidah Buaya Petua Tradisional
Selain dapat melembapkan kulit, ianya juga dapat mengecutkan jerawat ia juga membantu melebatkan kening!
- Potong lidah buaya kepada 2 bahagian, ambil lendirnya.
- Kemudian sapukan pada kening setiap malam sebelum tidur.
- Biarkan ia kering selama 10-15 minit.
- Kemudian bilas dengan air bersih.
- Lakukan setiap malam dan anda akan nampak perubahan dalam beberapa minggu.



2. Kelebihan Buah Keras
- Sagat buah keras secara perlahan-lahan.
- Air buah keras yang disagat disapu pada kening sebelum tidur.
- Keesokannya cuci dengan air sejuk.
- Lakukan sekerap mungkin. kening akan menjadi lebat dan hitam.



3. Minyak Buah Kelapa Tua
- Bakar buah kelapa tua sehingga mengeluarkan minyak. Kemudian sapukan minyak kelapa ini pada kening setiap hari.
- Anda pasti gembira dengan hasilnya



4. Minyak Lemak Ayam
- Panaskan lemak ayam sehingga mengeluarkan minyak.
- Sapukan minya lemak aya pada kening sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
- Nantikan hasilnya selepas 2 minggu



5. Celak Makkah
- Celak makkah membantu menyuburkan bulu kening.
- Oles celak makkah pada kening sekerap mungkin, lama kelamaan kening akan bertambah lebat dan tampak cantik natural tanpa bantuan solekan yang tebal.



6. Lendir Daun Bunga Raya
- Antara manfaat lendir daun bunga raya ialah menyejukkan kepala, melebatkan rambut dan merawat kulit & melebatkan kening
- Caranya, ramaskan daun bunga raya sehingga mengeluarkan lendir, kemudian sapukan pada bahagian kening.
- Biarkan sehingga kering, bilas dengan air sejuk.
- Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

3 comments:

  1. Patut la rambut lebat haha....dulu msw sye kecik bile demam ayah suke lumur kan lendir daun bunga raya aahaha

    ReplyDelete
  2. Patut la rambut lebat haha....dulu msw sye kecik bile demam ayah suke lumur kan lendir daun bunga raya aahaha

    ReplyDelete

test