TIdak di nafikan shopping bersama anak-anak kadang-kadang
menyukarkan ibu. Kita tidak dapat elak daripada anak berlari-larian atau enggan
beri kerjasama hingga menimbulkan kebuntuan kepada ibu bapa.
Namun jika tahu caranya, aktiviti membeli belah / shopping
ini memberi manfaat kepada anda sekeluarga. Bukan sahaja mengeratkan hubungan
tetapi memberi peluang kepada si kecil mengenali dunia luar. Berikut beberapa
tip ketika berbelanja yang boleh di pratikkan:
1. Tahu keperluan anak
Shopping kadang-kadang boleh buat kita lupa
diri. Namun apabila bawa si kecil, ibu harus mengingati diri waktu untuk makan,
menyusu, tidur dan sebaginya. Memilih pusat membeli belah mesra bayi dan
kanak-kanak memberi kemudahan untuk anda. Contohnya Jusco Aeon. Boleh di katakana
banyak terdapat bilik untuk menyusukan bayi, menukar lampin & surau yang
selesa.
2. Waktu yang sesuai
Di sarankan membeli belah pada waktu pagi.
Ketika pusat membeli belah di buka seawall jam 10 pagi. Pada waktu ini belum
ramai pengunjung dan anak-anak sebenarnya lebih tenang. Ibu bapa juga mudah
untuk control anak-anak. Pengalaman saya sendiri membawa anak untuk shopping di IKEA seawal jam 9 pagi, Masya Allah… Heaven betul rasa. Pukul 11
pagi dah boleh balik dengan tenang, anak-anak dah cukup makan, dapat beli
barang keperluan, Alhamdulillah. Cubalah!
3. Libatkan anak
Apabila berbelanja keperluan anak-anak, anda
boleh memintanya membuat keputusan baju yang diingininya. Si kecil pasti
gembira. Kaedah ini juga dapat menghindarkannya daripada rasa bosan.
4. Katakan tidak
Jika anak nangis mahu membeli permainan,
sedangkan ia tidak perlu, bertegaslah! Dengan cara ini, pada masa hadapan dia
tahu anda tidak akan menuruti semua kehendaknya.
5. Masa untuk berhenti
Ketika sedang asyik membeli belah, anak
menangis, meragam dan sukar untuk di tenangkan, itu bermakna anda harus
berhenti. KEluar dari pusat membeli belah dan penuhi keperluannya terlebih
dahulu.
TIP
Kanak-kanak sedang membesar membuatkan ibu
harus kerap membeli baju. Untuk jimat, ikuti tip berikut:
1.
Baju yang sesuai selera anak
Ajak anak membeli pakaiannya. Pastikan dia menyukainya. Ada kanak-kanak
yang mahu tentukan fesyen sendiri.
2.
Pilih harga berpatutan.
Anda boleh berbelanja ketika SALE sedang berlangsung. Semak harga
terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli. Paling utama,
berbelanja mengikut BAJET anda.
3.
Beli satu ukuran lebih besar.
Jika pakaian yang dipilih tidak terlalu besar, sebaiknya anda membeli
satu saiz lebih besar daripada ukurannya sekarang. Dengan ini, baju tersebut
boleh dipakai lebih lama. Beli juga baju yang sesuai dengan keperluan.
No comments:
Post a Comment