4 tanda bayi minum cukup ( 0-6 bulan )


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penghasilan susu. Sebagai contoh, ramai ibu mengalami masalah pengurangan susu apabila mula bekerja. Antara sebab biasa adalah  jumlah/bilangan rangsangan dan proses memerah/menyusu terus daripada payudara tidak sama banyak dengan keperluan sebenar bayi menyusu.


infografik 


Mari lihat 4 tanda bayi minum cukup ( 0-6 bulan ) :

1. Berat Badan
Jika berat badan bayi naik elok dengan hanya meminum susu ibu, itu bererti dia cukup minum. Penurunan berat badan5-7% di 3-4 hari selepas lahir adalah normal. Berat bayi sepatutnya naik semula dalam 10-14 hari. Di hari ke-5, purata berat badan adalah 28g sehari atau 198gram seminggu. Jika berat ini tidak di capai, dapatkan nasihat pakar laktasi.

2. Lampin Basah
Anda perlu jangkakan satu lampin basah sehari pada hari pertama dan meningkat ke 6 lampin basah pada hari ke-4. Untuk mengetahui maksud sebenar lampin basah, tuang 3 sudu besar ( 45ml) air ke lampin bersih. Urin perlu berwarna cerah dan kurang berbau.

3. Lampin Kotor
Najis perlulah kuning ( bukan mekonium) pada hari ke-5. Najis normal lazimnya kuning dan lembut.

4. Tanda Positif Lain
Selepas menyusu, payudara ibu lebih lembut dan bayi kelihatan kenyang. Bayi juga seharusnya berkelakuan aktif.


Semoga Bermanfaat!!



*Mekonium :


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test