Diet Selepas Buang Hempedu!




Pembedahan laparoskopi atau penyingkiran minimal pundi hempedu adalah pembedahan jenis yang paling biasa . Walau bagaimanapun , pembedahan pundi hempedu terbuka masih digunakan untuk pelbagai pesakit, terutamanya mereka yang mempunyai tisu parut atau komplikasi lain daripada pembedahan perut terlebih dahulu.



Kenapa perlu buang hempedu?
Tahukah anda punci hempedu adalah antara organ yang kita boleh hidup tanpanya? Pundi hempedu terdedah kepada pembentukan batu karang. Batu karang adalah deposit keras bahan-bahan dalam hempedu yang tersekat di dalam pundi hempedu. Mereka boleh menjadi sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf. penyakit batu hempedu , yang dipanggil cholelithiasis , boleh menyebabkan sakit sekejap-sekejap atau berkekalan dalam abdomen. Batu karang juga boleh menyebabkan jangkitan untuk membentuk, yang boleh menyebabkan kembung , mual , muntah, dan sakit yang keterlaluan. Seorang pakar bedah akan membuang pundi hempedu anda jika batu karang menyebabkan kesakitan dan komplikasi lain.


Bagaimana pula batu karang terjadi dalam hempedu?
Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. 

Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda. 

Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

 Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.

Doktor akan mencadangkan untuk membuang hempedu jika hempedu mengakibatkan sebarang masalah di dalam sistem badan atau masalah kronik yang lain. 

Antara simptom-simtom yang menyebabkan hempedu anda perlu dibuang termasuklah:

1) Kesakitan yang teramat sangat antara bahagian atas badan (Bahagian tengah-tengah perut, bahu kanan atau belakang)
2) demam
3) kembung perut
4) kulit berwarna kuning( menunjukkan ada blockage di dalan saluran hempedu )

Kadang-kadang doktor mencadangkan untuk kita tunggu dulu dengan menjaga diet pemakanan. Mana tahu jika dengan mengawal pemakanan, dapat mengurangkan kesakitan simptom hempedu.

Diet Sakit Hempedu/Diet Orang Yang Telah Dibuang Hempedu:

1) Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

2) Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.



3) Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

4) Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

5) Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

6) Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

7) Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

8) Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Kesimpulannya

Bagaimanakah kehidupan selepas pembedahan hempedu?
Kebiasaannya, orang yang telah buang hempedu akan selalu mengalami buang air besar. Ini mungkin disebabkan oleh peningkatan dalam asid hempedu yang boleh bertindak sebagai julap , walaupun punca sebenar tidak diketahui. Jika tersilap makan sikit sama ada makan makanan yang terlampau pedas, boleh mengakibatkan akan selalu ke toilet.

Doktor juga tidak galakkan makan terlalu banyak semasa kita berbuka puasa kerana dikhuatiri akan mengalami cirit-birit.

Apa kepentingan penghadaman lemak?

Vitamin larut lemak, iaitu vitamin A,D,E dan K sangat memerlukan lemak untuk dihadam. Jadi, jika ada masalah penghadaman lemak, mungkin badan akan kekurangan vitamin-vitamin. Jangan lupa badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin sendiri kecuali vitamin D. Vitamin-vitamin ini memainkan peranan penting untuk kesihatan otak, saraf dan juga sistem imun.

Sangat penting untuk badan menyerap lemak-lemak baik bersama dengan vitamin-vitamin ini.


Apa kaitan hempedu dengan penghadaman lemak?
Hempedu berfungsi untuk memecahkan lemak kepada molekul-molekul kecil supaya senang dihadam dan diserap. Bagi orang yang terpaksa dibuang pundi hempedunya kerana apa sahaja penyakit, jangan lah risau ya kerana pundi hempedu berfungsi sebagai beg untuk menyimpan cecair hempedu sahaja, sedangkan penghasilan cecair hempedu berlaku di hati. Jadi, jagalah hati.
Namun hati tidak mengambil bahagian dalam menyimpan cecair hempedu. Masalah yang dihadapi oleh orang yang tiada pundi hempedu ialah hati akan mengambil masa untuk menghasilkan cecair hemepedu, berbanding ready made yang disimpan dalam pundi hempedu. Sebab itulah, penghadaman lemak mungkin terganggu.

Jadi, antara tips yang boleh diamalkan untuk penghadaman lemak yang lebih baik ialah:-

Elakkan lemak tepu dan lemak separa tepu

Anda perlu alert sebelum membeli apa-apa makanan. Kalau ada saturated fat, memang kena tolak tepi lah. Ini kerana makanan ini sukar dihadam dan menyebabkan keradangan.
Elakkan makanan yang mempunyai lemak jenis mono-tak tepu (mono-unsaturated fat). Contohnya minyak zaitun tapi kalau yang extra virgin tu memang bagus. 
Selain itu, omega-3 juga dapat membantu


Banyakkan makanan mentah
 Makanan mentah di sini bermaksud sayur-sayuran mentah dan buah-buahan yang mempunyai lemak yang kurang dan memudahkan penghadaman.




sumber :
1) http://source.colostate.edu/potassium-good-for-heart-bones-and-muscles/
2) http://blogibunie.blogspot.my/2013/08/merawat-batu-karang-dengan-shaklee.html
3) 

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

2 comments:

test