Perjuangan semasa hamil, proses bersalin amat sukar dan mencabar yang akhirnya membuatkan anda keletihan . Jaranglah ada yang terlepas dari keletihan ini. Selepas berhempas pulas melalui proses bersalin, kita perlu pula melalui proses berpantang yang amat mencabar.
Waktu berehat juga kurang kerana anda perlu bangun di tengah malam untuk menyusui bayi, menukar lampin dan sebagainya. Di tambah pula dengan urusan rumah tangga yang perlu di selesaikan. Tidak semua wanita yang bernasib baik memiliki maid untuk membantu menguruskan perihal kemas rumah ataupun di jaga oleh ibu semasa berpantang.
Mari
1. Perhatikan keadaan fizikal anda
Pertama sekali, dapatkan nasihat doktor. Dapatkan konsultasi dengan doktor tentang punca keletihan anda . Ramai wanita yang mengalami keletihan kerana tertekan.
2. Sarapan pagi dengan makanan berkhasiat
Walaupun mummy-mummy sibuk menguruskan anak, jangan ambil mudah tentang pengambilan sarapan pagi. Sarapan yang sihat membantu tubuh kita menjaga paras gula dalam badan. Kajian dari Universiti Cardiff, sarapan mampu mengawal hormon tekanan yang secara tidak langsung
3.
Banyakkan makanan berserat dan kurang berlemak. Penuhi sajian anda dengan buah-buahan, sayuram, daging tanpa lemak, bijirin sihat, susu dan yogurt rendah lemak. Selain sesuai untuk sistem pencernaan, makanan tersebut juga boleh menjadi penambah tenaga anda.
4.Pengambilan kudapan setiap hari.
Bila dah ada bayi yang baru lahir, kebanyakan hari mummy-mummy mungkin tak dapat makan ikut waktu. Jadi, bolehlah gantikan dengan kudapan yang sihat sementara menguruskan anak-anak. Contoh kudapan sihat adalah kurma, badam, yogurt rendah lemak dan sebagainya.
5. Hindari makanan ringan yang mengandungi gula atau lemak tinggi
Makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi seperti biskut, french fries, roti putih ( roti 50sen ) memang dapat memberi tambahan tenaga. Namun ia hanya untuk sementara sahaja, setelah itu anda akan berasa lebih letih daripada sebelumnya. Beri tenaga dengan makanan berkhasiat seperti buah, aprikot, prune dan lain-lain
6. Tidurlah bersama si kecil
Ketika anak sedang tidur, tidurlah bersamanya . Curilah masa tidur semaksimum mungkin kerana anda perlukan rehat selepas melahirkan.
7.
Aromaterapi adalah bau-bauan yang menggunakan minyak pati tumbuh-tumbuhan atau bunga-bungaan. Antara manfaat aromaterapi adalah menenangkan minda, jasmani dan rohani.
Mummu-mummy boleh wujudkan suasana segar dan tenang di bilik anda bersama bayi.
8. Biarkan suami menolong anda
Tidak salah jika meminta tolong suami membantu anda ketika berpantang. Anda adalah pasangan yang saling melengkapi.Contohnya, membantu menguruskan penyimpanan susu ebm. Dari menyimpan, merekod, menyusun di freezer sehinggalah mencuci bekas pam.
9. Nikmati waktu bersama bayi
Walaupun sibuk menguruskan bayi, diri dan rumah tangga, moment bersama bayi sebenarnya menjadi ubat penambah tenaga yang mujarab!
10.
Selepas bersalin mummy-mummy banyak kehilangan tenaga kerana menguruskan anak-anak, diet yang tidak seimbang kerana kekangan masa dalam menguruskan bayi baru lahir. Pengambilan makanan tambahan dapat membantu anda mengembalikan kesegaran tubuh badan.
INFO
Semo
No comments:
Post a Comment