Ibu yang mengalami keguguran past tertanya-tanya mengapa itu
terjadi kepada mereka. Terutama jika ia kandungan pertama atau keguguran kerap
berlaku. Oleh itu, anda harus tahu factor-faktor lain yang boleh menyebabkan
keguguran. Ia penting untuk ibu dan suami bersedia secara mental dan fizikal.
Perlu Tahu :
-
Keguguran di peringkat awal adalah fenomena yang
berlaku secara rawak. Doktor akan menasihati mana-mana wanita yang ingin
mengandung mengambil asid folik setiap hari selama 3 bulan sebelum hamil.
-
Bagi memastikan sama ada anda mengalami
keguguran atau tidak, anda perlu membuat ujian kehamilan. Dari situ doctor akan
mengesahkan kehadiran janin dalam kandungan masih ada atau sebaliknya. Jika
tiada bukti, kemungkinan ibu tidak mengandung . Mungkin hanya mengalami delayed
menses (haid lambat dating).
Faktor Keguguran:
1. Masalah Genetik Janin
Janin tidak sempurna dari segi genetik akan
gugur secara spontan. Kejadian ini tiada kaitan dengan genetik ibu dan bapanya.
2. Masalah Kesihatan Ibu
Contohnya Tiroid, kencing manis dan
penyakit auto-immune. Golongan ini selalu mengalami keguguran dan perlu bantuan
pakar perubatan sebelum mengandung.
3. Masalah Rahim Dan Serviks Lemah
Biasannya boleh menyebabkan keguguran janin
yang berumur lebih 3 bulan
4.
Kekurangan Hormon
Contohnya hormone progesterone. Ia di
percayai boleh menyebabkan kandungan tidak stabil dan senang berdarah
seterusnya keguguran.
Penjagaan
- Ibu hamil yang mengalami pendarahan sebelum usia kandungan
20 minggu perlu berwaspada. Tidak di nafikan pendarahan berlaku sewaktu
mengandung tidak normal. Jika berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu, ia
dikenali sebagai threatened miscarriage.
- Pendarahan berlaku pelbagai warna, kehitaman, coklat atau
berwarna merah darah. Jika pendarahan dan kesakitan berlaku serentak, besar
kemungkinan kandungan akan gugur.
Elak Keguguran
1-Menjalani ujian
darah untuk Hb, ujian kumpulan darah dan rhesus.
2-Menggalakkan bed rest. Walaubagaimanapun, kelebihan bed
rest masih belum benar-benar terbukti
membantu mengelakkan keguguran.
3-Mengelakkan hubungan seksual
4-Kadangkala doctor akan beri pil hormone kepada pesakit
kerana terdapat teori mengatakan salah satu sebab threatened miscarriage adalah
kerana kekurangan hormone progesterone.
5-Kebanyakan pesakit tertanya-tanya apakah anak yang
dikandung akan dilahirkan normal jika pendarahan berlaku? Dianggar lebih kurang
99% janin mengalami masalah ini dilahirkan sihat dan normal.
Semoga Bermanfaat!
sumber : Mingguan Wanita
No comments:
Post a Comment