10 Perkara Perlu Tahu Tentang Bayi Baru Lahir



TAHNIAH ! Anda dan suami kini telah bergelar ibu bapa. Hati rasa gembira tetapi dalam masa yang sama suasana di rumah menjadi ‘hangat’ dengan tangisan bayi. Ketahui 10 cara penjagaan agar cahaya mata anda menjadi bayi yang paling BAHAGIA.





1. Kerap Menyusu
Pada bulan-bulan pertama,LAPAR adalah penyebab utama bayi menangis. Oleh itu menawarkan bayi makan adalah cara paling efektif untuk menghentikan tangisannya. Walaupun anda harus menyusui bayi sekerap mungkin , tetapi bayi akan terus meminta lagi. Ini kerana rasa lapar adalah sensasi baru baginya memandangkan di dalam rahim ibu sudah biasa menerima makanan terus-menerus dari plasenta sehingga tidak pernah merasa lapar. Untuk membantu bayi menyesuaikan diri dengan perbezaan ini, pada minggu oertama anda tidak perlu menetapkan waktu makan bayi. Jadual makan bayi akan terbentuk kira-kira usianya 5 minggu.

2. Waktu Buang Air
Membuang air kecil dan air besar juga tidak kira masa. Tapi ibu-ibu jangan risau tentang kekerapan membuang air kecil dan besar kerana ianya adalah petanda yang BAGUS, menunjukkan bayi CUKUP MAKAN. Tetapi jangan menunda menukar lampin/pampersnya supaya bayi tidak menangis kerana tidak selesa. Take note air kencing dan najisnya kerana ia boleh menjadi alat ukur keadaan bayi. Contohnya, air kencing yang terlalu kuning menandakan bayi kurang cecair.

3. Baby Dress Code
Jika anda membedung bayi, pakaian bayi haruslah diperbuat daripada bahan semulajadi seperti kapas yang menyerap peluh, lebih ringan dan mudah di cuci. Saya paling suka beli baju Fiffy untuk newborn . Selain dari harganyanya yang murah, anak-anak saya juga selesa dengan pakaian jenama fiffy kerana material kainnya yang sejuk dan lembut!

4. Produk Penjagaan Diri
Pelbagai produk penjagaan diri khas untuk bayi seperti shampoo, baby oil, lotion, bedak, krim , wangian dan sebagainya. Sebenarnya tidak semua diperlukan oleh bayi, jadi bijaksanalah dalam memilih.  Gunakan produk yang telah teruji secara klinikal. Jika berlaku reaksi negative seperti timbul ruam merah, hentikan pemakaian.

5. Rutin Dibenci Bayi
Kebanyakan bayi tidak suka rutin yang pelbagai hingga menyebabkannya meragam. Penyelesaiannya, lakukan dengan segera tetapi berhati-hati. Alihkan perhatian bayi dengan mengajaknya berbual, memberi pelukan dan ciuman.

6. Lingkungan Yang Selesa
Ciptakan persekitaran yang selesa bagi bayi, usahakan suhu yang sesuai  kerana terlalu panas atau sejuk boleh menyebabkan bayi meragam. Elakkan pancaran matahari agar tidak jatuh tepat ke matanya.

7. Permainan Bayi
Fungsi permainan bukan sekadar menghiburkan tetapi juga mengenalkan bayi dengan pelbagai bentuk dan melatih otot mata agar lebih focus. Pilih permainan dengan warna-warna cerah. Permainan yang bergerak dan berbunyi yang di gantung di tempat tidur akan merangsang penglihatan dan pendengaran. Bayi juga akan terhibur melihat pantulan dirinya di cermin. Namun, paling menggembirakan bayi adalah bermain dengan ibu bapanya =)

8. Ritual Tidur
Waktu tidur baby baru adalah 16 jam sehari. Setelah berusaha 5 minggu, barulah bayi memiliki pola tidur tetap, iaitu tidur lebih awal pada malam hari dan terbangun 2-3 kali pada waktu malam. Ritual tidur boleh membantu bayi tidur lebih cepat dan berkualiti.

9. Kenali Penyakit
Ruam, kembung perut, selsema dan demam setelah di suntik adalah antara penyakit yang lazimnya di hadapi bayi baru . Bayi akan meragam dan menangis. Ketahui punca dan atasinya.

10. Orang-orang Di sekitar Bayi.

Terlalu ramai yang mendukungnya boleh membuatkan bayi stress. Selain itu, perasaan bayi yang halus membuatnya dapat “menangkap” perasaan ibu. Ketika mood ibu tidak baik akibat kepenatan contohnya, bayi juga boleh tahu dan dia akan turut meragam. 



Sumber : Mingguan Wanita

Semoga bermanfaat!

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test