4 Faktor Penghalang Kesuburan


Keinginan untuk mendapatkan cahaya mata pasti dirasai oleh pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga. Ada dalam kalangan mereka yang sihat tubuh badan, tidak berhadapan dengan masalah kesuburan, namun rezeki untuk memperoleh anak masih juga belum kunjung tiba.


Keadaan ini pastinya menyumbangkan kesedihan di hati pasangan tersebut. Ini berkemungkinan terdapat faktor lain yang menghalang kesuburan seseorang wanita. Pasangan kelamin perlu mengelakkan daripada melakukan perkara berikut agar kehamilan cepat terjadi.


[Infografik] Faktor Penghalang Kesuburan



1. Guna cecair ketika hubungan kelamin
Sesetengah pasangan menggunakan jeli mahupun cecair dengan harapan untuk memudahkan sperma menembusi sel telur. Sedangkan, cecair itulah yang boleh merosakkan sperma. Jika mahu juga menggunakan cecair, pilih cecair yang selamat untuk sperma (sperm-friendly)



2. Hubungan kelamin ketika subur sahaja
Sesetengah pasangan yang berhajat mahukan anak hanya melakukan hubungan kelamin di saat subur sahaja. Mereka fikir inilah saatnya untuk menabung sperma, padahal apa yang mereka fikirkan itu silap. Bagi menjayakan persenyawaan, sperma perlu segar. Suami pula harus berejakulasi sekurang-kurangnya setiap lima hari sekali agar testikal selalu menghasilkan sperma yang baru.



3. Ambil vitamin C berlebihan
Pengambilan vitamin yang sedikit baik untuk kesuburan, namun pengambilannya yang berlebihan memberi kesan kepada kesuburan. Hal ini kerana, kebanyakan vitamin C yang diambil berlebihan boleh mengeringkan serviks.



4. Minum kopi
Berdasarkan kajian yang dilakukan, minum secawan kopi sehari boleh mengurangkan peluang hamil 50 peratus dalam tempoh 12 bulan. Jika minum tiga cawan kopi, peluang untuk hamil berkurangan sehingga 175 peratus. Jika tidak mahu berisiko, elakkan daripada mengambil minuman ini.




Semoga Bermanfaat!

Sumber : Mingguan Wanita

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test