3 Tanda Anak Sudah Bersedia Potty Training



Assalammualaikum..

Bila sebut tentang potty training, sebenarnya ramai jugak yang bertanya bagaimana saya potty training anak. Atau bahasa mudahnya, anak akan tidak pakai pampers langsung!


Pada pendapat saya, jika ada parents yang masih tertanya-tanya atau masih ragu-ragu bila boleh start latih anak untuk tidak pakai pampers, semuanya terletak kepada kesediaan ibu bapa itu sendiri. Ianya memerlukan komitmen kedua-dua belah pihak suami dan isteri.

Walau bagaimanapun, saya nak share 3 tips bagaimana untuk tahu anak kita sudah bersedia atau belum untuk tidak pakai pampers.

Sila lihat infografik di bawah :



1. Sebelum anak tidur, tukarkannya pampers baru walaupun baru kencing sedikit. Ini untuk memastikan sama ada anak anda kencing atau tidak sepanjang malam .

2. Jika anak anda tergaru-garu punggung atau bermain-main dengan pampersnya, itu salah satu tanda dia tidak selesa memakai pampers.

3. Apabila anak anda sudah pandai beritahu yang dia sudah berak/kencing, itu merupakan langkah yang bagus untuk memulakan potty training!


Ibu dan ayah haruslah membuat persediaan mental dan juga top up ilmu tentang potty training sebelum melatih anak buang air ke tandas. Jika perlu untuk cuti, cutilah. Kerana, jika anak anda berjaya buang air ke tandas, itu adalah suatu pencapaian yang bagus dalam perkembangan hidupnya.

Di lain entry, saya akan bagi tips pula bagaimana untuk memulakan potty training untuk anak.

Salam 14 Ramadhan!
Selamat Mencuba!!

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test