Cadangan Posisi Ketika Kontraksi Bersalin


Sebenarnya tiada posisi terbaik pun untuk kurangkan kesakitan kontraksi bersalin. Ianya terpulang kepada keadaan fizikal individu. Walau bagaimanapun, bermacam-macam posisi boleh kita cuba untuk kurangkan kesakitan kontraksi ketika hendak bersalin.



Cadangan beberapa posisi ketika berlaku kontraksi hendak bersalin :




Gerakan Ke-depan & Ke-belakang
Menggerakkan badan kehadapan dan ke belakang perlahan-lahan sambil mengawal pernafasan juga boleh memberikan keselesaan ketika hampir hendak bersalin. Anda juga boleh lakukan dalam keadaan berdiri di hadapan dinding ataupun di hadapan suami anda.

Baring Mengiring
Posisi ini paling banyak di cadangkan dan ramai yang amalkan. Ketika saya hendak bersalinkan anak sulung, nurse mendacangkan posisi baring mengiring untuk mempercepatkan proses bersalin. Ikut pengalaman, memang ianya berkesan =). Lagipun, kita dapat rehatkan badan sambil berbaring.

Melutut ke depan menggunakan exercise ball
Posisi ini adalah dalam keadaan mencangkung sebenarnya. Goyangkan pinggang ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan ikut keselesaan untuk mengurangkan kesakitan kontraksi sambil mengawal pernafasan. Melegakan tulang belakang


Posisi Mencangkung
Membantu pembukaan pelvis dengan lebih cepat.


Tips extra untuk kurangkan kesakitan kontraksi
1. Kawal pernafasan. Ikut pengalaman saya, kawal pernafasan dengan kiraan. Contoh, tarik nafas (satu..dua..). hembus nafas (tiga empat)... Kawal pernafasan sehinggalah hingga mahu meneran.

2. Doa Nabi Yunus:
Lailahailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin


3. Ikat rambut tegang-tegang. untuk yang berambut pendek, gunalah buff ataupun scarf separuh yang agak ketat untuk rasa tegang di bahagian rambut dan kepala.

Semoga Bermanfaat!


sumber : http://exaltbirthservices.com/

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test