Genital bayi anda adalah sangat lembut, jadi mencuci bahagian ini memerlukan penjagaan khas. Anda boleh mencuci penis atau vagina bayi dengan air biasa untuk dua minggu pertama.
Selepas itu, anda boleh menambahkan sedikit pembersih pH neutral yang lembut kepada air basuh atau mencuci kawasan genital dengan sabun pelembap yang lembut.
*Contoh larutan emolien
Jika, pada bila-bila masa, kulit bayi anda kering, anda boleh menambahkan larutan *emolien mandi di dalam air apabila memandikannya. Tetapi, menambahkan emolien kepada air akan membuatkan bayi anda licin dan susah untuk dipegang.
Bagaimanakah harus saya menjaga penis bayi lelaki saya?
1) Semasa pertukaran lampin dan masa mandi, cuci atau sapu tempat di keliling penis dan skrotum bayi anda untuk membuangkan sebarang kekotoran yang ada. Selepas pertukaran lampin, guna
2) Semasa anak masih bayi, penisnya
3) Kulup penis bayi anda terlekat kepada kepala penisnya.
4)Memaksa kulup ke belakang boleh menyebabkan kekoyakan, dan ini akan mencederakan bayi dan meninggalkan parut. Ia juga mungkin menyebabkan masalah bagi bayi anda di kemudian hari.
5) Jika bayi anda sudah di sunat, anda boleh mencuci penisnya semasa mandi biasa. Selepas mandi anda boleh menyapu sedikit jeli petroleum pada penisnya untuk melindunginya daripada bergeser dengan lampinnya.
6) Adalah baik supaya dibenarkan udara mengedar di keliling penis bayi anda semasa ianya memulih. Jadi, jika boleh, aturkan masa-masa apabila bayi tidak memakai lampin.
7) Penis bayi anda yang disunat akan mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari untuk pulih. Beberapa hari selepas disunat, penis bayi akan kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat lelehan kekuningan.
8) Ini semua adalah tanda-tanda pemulihan normal. Sekiranya penis bayi mendapat infeksi ia mungkin menjadi merah yang tidak mereda atau berdarah, dan hujung penis itu adalah bengkak. Bayi anda akan merasa sakit apabila dia kencing. Jika anda dapati salah satu daripada tanda-tanda ini,segeralah berjumpa doktor.
Bagaimanakah saya menjaga tempat di keliling vagina bayi perempuan saya?
1) Semasa menukar lampin, gunakan kapas yang dibasahkan dengan air untuk menyapu tempat itu dari depan ke belakang. Sapulah dari vagina dan uretra (pembukaan melalui mana dia kencing).
2) Jika lampin bayi anda tersangat kotor dan najis telah memasuki bibir vagina (labia) bayi, buatlah yang berikut:
ii- Menggunakan lapisan kapas basah, sapu tempat itu dari atas ke bawah, atau depan ke belakang, di bahagian tengah.
iii- Kemudian, ambil dua lagi lapisan kapas basah, dan cuci kedua-dua sisi labia di sebelah dalam.
iv- Menyapu dari depan ke belakang akan membantu mengelakkan bakteria daripada berpindah dari anus bayi ke vagina dan uretra, dan menyebabkan infeksi.
v- Apabila memandikan bayi anda, gunakan kain flanel atau span untuk memercikkan air di keliling tempat itu, dan sapu dari depan ke belakang.
2) Dalam beberapa hari pertama, anda mungkin melihat bahawa vagina bayi anda itu bengkak dan kemerahan, atau dia mengeluarkan lelehan yang jernih, putih atau berdarah sedikit. Ini perkara biasa dan berlaku sebab dia terdedah kepada hormon anda semasa dia masih dalam uterus (rahim) anda.
3) Tetapi, jika bayi anda masih mengalami lelehan selepas enam minggu pertama, beritahu doktor anda semasa pemeriksaan posnatum bayi kelak.
Semoga Bermanfaat!
No comments:
Post a Comment