10 Aktiviti Si Kecil Bersama Anda!



Pada usia 1 hingga 2 tahun, penerokaan persekitaran si kecil semakin berkembang. Dia mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Biarkan si kecil menerokai persekitarannya dengan bantuan anda. Melakukan aktiviti yang di rancang dapat membantu anak anda menerokai persekitaran secara positif.




1. Mengenal huruf ABC dan huruf Hijaiah

Memperkenalkan anak dengan abjad ABC adalah cara untuk merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan mereka duduk diam seketika. Manakala huruf jawi pula sebagai pengetahuan sebelum memulakan belajar Al-Quran. Anda boleh lakukan aktiviti ini menggunakan blof huruf ataupun kad imbasan.

2. Eja perkataan tulis nama

Setelah anak mengenali abjad, anda boleh melakukan aktiviti menyusun abjad menjadi perkataan. Mungkin permainan ini sesuai untuk anak berusia 2 tahun. Ajaknya supaya sama-sama membuat ayat-ayat mudah. Pegang tangannya semasa anda menyusun abjad. Cara ini mengajarnya membina perkataan. Contohnya, "Thank You"

3. Melukis dan mewarna

Melukis dan mewarna adalah cara terbaik untuk memupuk kreativiti kanak-kanak. Aktiviti melukis dapat memperkembangkan kemahiran fizikal kanak. Proses melukis bentuk atau gambar mempunyai hubungan dengan perkembangan motor halus kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak menggunakan jari tangan untuk melukis. Sekiranya seseorang kanak-kanak itu mempunyai pengawalan yang dalam penggunaan jarinya maka ia akan membantu kanak-kanak menulis dan melukis sesuatu gambar dengan lancar, betul dan cantik. Malah apabila kanak-kanak mula belajar mewarna, ia adalah langkah pertama untuk dia mengenal warna. Inilah masa juga untuk anda menyuruhnya melukis dan mewarna haiwan atau buah.

4. Kenali haiwan

Perkenalkan pelbagai jenis haiwan menggunakan keratan akhbar atau tablet. Bagi menjadikan sesi aktiviti lebih menarik, selitkan dengan bunyi haiwan. Contohnya bunyi kucing "Meow", Harimau "Aumm" dan sebagainya. Sudah tentu aktiviti ini menyeronokkan anak anda apabila melihat mimik muka anda yang lucu semasa meniru suara haiwan.

5. Deria bau/rasa

Memperkenalkan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada kanak-kanak dapat melatih mereka menggunakan pancaindera. Misalnya buah epal rasanya manis, buah oren rasanya masam. Cuba biarkan anak anda makan buah limau, dan seterusnya anda berkata, adik buah limau masam kan ?
Malah semasa anda minum petang bersama si kecil, tanyakan minuman yang di hidangkan manis atau tawar. Jelaskan bagaimana rasa manis atau tawar. Aktiviti ini sesuai untuk anak yang berusia 2 tahun.

6. Seni & kraf

Biarpun anak anda masih kecil, aktiviti seni dan kraf amat penting untuk kemahiran motor halus dan rangsangan minda otak kanan. Misalnya membuat puppet dengan kertas warna warni, pinggan kertas,stokin dan beg kertas. Lakukan aktiviti membuat puppet bersama anak anda. Tentu anak anda teruja apabila puppet siap nanti.


7. Kenali anggota badan

"Adik, ini mata. Mata untuk melihat.."
Memperkenalkan bahagian anggota badan manusia kepada kanak-kanak, seperti hidung, mulut, mata, tangan dan kaki adalah aktiviti paling menyeronokkan. Pegang tangannya dan tunjukkan yang mana mata, hidung, rambut dan telinga. Serta jangan lupa memberitahu fungsi setiap anggota badan.


8. Belajar mengira

Ajarkan anak-anak belajar mengira menggunakan jari. Anda boleh mengajar anak anda membilang nombor satu hingga sepuluh dengan menggunakan jari anak anda. Pegangn tangannya untuk mengajar satu persatu jari. Mudah di lakukan di mana-mana.


9. Permainan blok

Permainan blok mempunyai beberapa kelebihan kepada kanak-kanak seperti melatih koordinasi tangan-mata iaitu anak anda akan memberi sepenuh tumpuan untuk membina blok dengan berhati-hati supaya tidak jatuh, ia juga melatih kemahiran berkaitan ruang dan bentuk. Biasanya permainan blok mempunyai bentuk asas seperti segitiga, segiempat separa bulat,kon dan lain-lain. Selain itu, ia merangsang imaginasi dan kekreatifan untuk membuat binaan seperti membina rumah, tembok dan tower. Malah permainan blok yang berwarna-warni menjadi alat terbaik mengajar anak tentang warna.



10. Menyanyi lagu

Menyanyi adalah fitrah kanak-kanak yang sukakan hiburan. Selitkan sekali nyanyian beserta nasihat. Proses pembelajaran dengan menggunakan muzik sebenarnya memudahkan kanak-kanak lebih cepat faham. Contohnya, lagu " Head, Shoulder, Knees & Toes".


Semoga Bermanfaat!


Sumber : Pa & Ma

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test