Resipi campak-campak Untuk Sahur








Resipi Campak-campak SUPER SIMPLE dari saya... Memang super simple sangat! Less than 30 minutes! Saya karang entry ni pun less than 30 minutes. Haha. Kalau ada ejaan yang Tershashul, maaflah ya..

But  untuk mempercepatkan lagi pergerakan anda di dapur, silalah tanak nasi putih siap-siap sebelum tidur~


Sumber : google
1. Ayam / Telur / Ikan / Daging goreng kicap
Bahan-bahan tumis :
bawang merah besar sebiji
Bawang putih 3 ulas
Halia sebesar 2 jari
Serai
Daun limau purut

Bahan Sampingan : Tomato di belah 4 + Lada merah dibelah 4

Cara memasak :
Tumis semua bahan sehingga naik bau. jangan hangus.
masukkan kicap ikut kepekatan yang anda mahukan.
masukkan secawan air ( ikutlah kepekatan mengikut selera anda )
masukkan tomato + lada merah
masukkan ayam/daging. masak sehingga empuk.
Garam secukup rasa

Untuk ikan/telur pula, harus di goreng dahulu sebelum di masukkan di dalam kuah kicap.
SIAP !
Boleh makan dengan nasi putih panas-panas



Sumber : google
2. sup telur/sayur/ayam/daging
Bahan-bahan tumis :
bawang merah besar sebiji
Bawang putih 3 ulas
Halia sebesar 2 jari

Bahan Sampingan : Tomato di belah 4 +kentang 2 biji di belah 4

Cara-cara memasak :
Tumis semua bahan sehingga naik bau. jangan hangus.
masukkan air ikut kepekatan yang anda mahukan.
masukkan kentang dan tomato ( tunggu sehingga 10 minit )
masukkan ayam/daging/telur . masak sehingga empuk.
Garam secukup rasa


Untuk jimat masa memasak, masukkan sayur yang anda suka. So, tak perlu masak sayur. Dalam sup tu, semua ada! nak lagi sedap? makan dengan sambal kicap/ sambal ketuk/sambal tempoyak/budu.
Boleh makan dengan nasi putih panas-panas





3. Ikan bilis goreng bawang
Bahan-bahan tumis :
bawang merah besar 2-3 biji
Bawang putih 3 ulas
lada merah 2 tangkai di hiris halus

Cara-cara memasak:
goreng ikan bilis dahulu. Asingkan ke tepi sebentar
Tumis semua bahan tumis.
selepas sudah naik bau dan layur, masukkan ikan bilis.
Nak lagi sedap? tuang kicap!
SIAP !!
Boleh makan dengan nasi putih panas-panas



sumber : google
4. Ayam/Daging/Udang/Sotong Goreng kunyit
Bahan-bahan tumis :
bawang merah besar sebiji
Bawang putih 3 ulas
Halia sebesar 2 jari
Serai
Daun limau purut
Serbuk kunyit


Bahan sampingan :
Tomato/cauliflower/kacang panjang/kacang buncis/karot

Cara memasak : 
Tumis semua bahan sehingga naik bau. jangan hangus.
Masukkan Daging/Ayam / Sotong / Udang dan juga sayur-sayuran lain.
taburkan sesudu serbuk kunyit.
garam secukup rasa
SIAP !



Sumber : google
5. Mee hoon/Kuew tiau/mee kuning Sup
Celur mee hoon/kuew tiau/mee kuning siap-siap.
-Makan dengan sup ayam/sayur/daging.
- Nak lagi sedap? tambah kacang tanah goreng/bawang goreng/sambal kicap




sumber : google
6. Aglio Olio spagethi
Bahan Tumis :
Bawang Putih satu labu di cincang halus
cili padi ( optional )

bahan-bahan lain :
spagethi yang sudah di celur ( air rebusan spagethi jangan buang )
cendawan di hiris halus.
Isi Ayam/Udang.

Cara memasak:
Tumiskan bahan tumiskan sehingga naik bau. jangan hangus.
Masukkan Isi ayam atau udang.
gaulkan rata.
masukkan air rebusan spagethi setengah cawan.
masukkan cendawan yang di hiris. gaulkan rata selama2 minit.
Masukkan spagethi yang dah di rebus/ celur.
Taburkan garam secukup rasa
Taburkan cili flakes ikut  citarasa .
Siap!


Semoga Bermanfaat!
TOODLE~

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

6 comments:

  1. Wow.lyd.. memang pantas. Main campak2 je ye.hehehe..

    ReplyDelete
  2. aku mau try ni.. hehhe.. semua campak. kalau ada resipi lauk & sayur 1x masak lagi bagus. haha...

    ReplyDelete
  3. Hehehehe...sonang kan!! Ini memang xde blender-blender... semua potong2, campak2!! hehehe.. Semoga bermanfaat.. =D

    ReplyDelete
  4. Best...blh cuba masa sahur nie...hihi

    ReplyDelete
  5. memang boleh buat, saya pun masak in 15 minit. huhuh

    ReplyDelete

test