8 Makanan Untuk Berdiet


Selepas pulang beraya ni, ramai betul saya lihat di laman instagram, staus fb, twitter meronta-ronta untuk kurus semula. Al-maklumlah, lauk raya bukannya hari-hari makan kan? Setahun sekali. Tapi "sekali" tu selalunya berlarutan sampai seminggu, bahkan ada yang makan lauk raya sampai sebulan. =D Itu yang boleh naik mendadak sampai 2-5Kg!


Jom lihat 8 Makanan Untuk berdiet. Mana tahu, awak-awak dah insaf. Hehehe..

1. Kurus Dengan Sup Sayur
Makanan yang mengandungi banyak air akan memberikan kesan cepat kenyang anda. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula membantu untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Cara ini anda mampu mengelakkan diri dari makan secara berterusan.


2. Diet Epal Hijau
Sebiji epal hijau dianggarkan mengandungi 3g serat. Serat membantu penghadaman dan dapat mengelakkan daripada sembelit. Serat juga membantu membersiihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisma. Epal hijau sesuai di jadikan makanan pilihan bagi mereka yang sedang berdiet kerana ia kaya dengan nutrien tambahan serta rendah kalori.


3. Bakar Kalori Dengan Air Sejuk
Sesetengah berpendapat bahawa minum air putih atau air suam sudah mencukupi. Namun ada pendapat lain mengatakan amalan ini boleh dipertingkatkan keberkesanannya dengan meminum air masak yang di sejukkan terlebih dahulu. Amalam meminum 8 gelas air sejuk dalam sehari dikatakan mampu membantu membakar 200 kalori, sama seperti berlari sejauh 4.8KM !


4. Buah Tin Hapus Kolestrol Jahat
Buah tin mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B6, Vitamin E, potassium dan kaya dengan serat yang tinggi. Vitamin dan mineral ini sangat diperlukan untuk menjaga dan memelihara kesihatan tubuh. Amalan makan buah tin dapat mengawal nafsu makan, mengurangkan kolestrol jahat dan seterusnya menurunkan berat badan.


5. Jus Buang Lemak
Pengambilan minuman pembuangan lemak ini semakin popular dalam kalangan mereka yang giat menurunkan berat badan. Minuman ini menggunakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti oren, limau nipis, lemon dan limau gedang yang membantu mengubah lemak kepada tenaga. Timun pula dapat membuatkan anda rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Apabila toksin sudah dibuang, maka lebih mudah proses pembakaran lemak berlangsung ketika bersenam.


6. Kenyang Dengan Bijirin
Bijirin adalah sarapan yang sangat baik untuk kesihatan. Jika anda mengambil bijirin sekurang-kurangnya 5 hari seminggu, ia dapat mengurangkan risiko diabetes dan obesiti berbanding sarapan dengan makan lain. Bijirin ini mengandungi kalsium dan serat yang dapat membuatkan anda rasa kenyang.


7. Rempah Membakar Lemak
Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, halia, biji sawi, lada hitam dan jintan manis didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman , ia juga meningkatkan pembakaran lemak pada tubuh badan.


8. Kurangkan Makanan Berkanji
Kurangkan pengambilan makanan berkanji seperti mi, pasta atau roti. anda digalakkan untuk melebihkan sayur-sayuran dalam setiap hidangan. Elakkan lemak dalam masakan. Amalam ini mampu membuang 100-200 kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan.


Perlu diingat, dengan mengamalkan 8 tips ini, penurunan berat badan bukannya boleh berlaku dalam sehari-dua. Ia makan masa dan perlukan kesabaran. Kunci kejayaannya adalah SABAR & KONSISTEN. Semasa saya mengamalkan 8 tips di atas, sebulan dapat turun 2.5-3Kg. Selepas 3 bulan, turun 9 kg! Tapi semestinya diselitkan dengan senaman. Apabila kita dapat menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan tidak drastik, kebarangkalian penambahan berat badan adalah kurang berbanding jika kita turun berat badan secara drastik dan mengamalkan ubat kurus. Ubat dan supplemen berbeza . Boleh rujuk di sini untuk pemahaman tentang perbezaan ubat dan supplemen.

Semoga 8 tips ini dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan IDAMAN~~


GOOD LUCK!



lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test