Pertama kali saya jadi mak, macam-macam dalam kepala fikir nak bagi anak makan itu, makan ini. Excited
Kemurungan dan kebimbangan semua bermula di dalam otak, dan boleh disebabkan oleh kekurangan pemakanan. Protein, sebagai contoh, mengandungi asid amino. Kebanyakan protein dari tumbuh-tumbuhan mengandungi nombor asid amino yang tidak lengkap. Protein daripada makanan haiwan lebih cenderung untuk mengandungi semua asid amino dan ia lebih mudah diserap oleh badan.
Didapati, lemak & tulang daging lembu atau kambing yang dibuat sup sangat bagus bagi mendapatkan sumber gelatin secara semulajadi. Gelatin adalah salah satu sumber protein yang baik
Hiperaktif berkaitan dengan keupayaan otak untuk memproses maklumat dan bertenang pada masa yang sama. Kanak-kanak yang hiperaktif cenderung mempunyai kekurangan bakteria flora dan sistem pencernaan yang lemah . Ini boleh menyukarkan badan untuk menyerap banyak nutrien yang berbeza. Sesetengah doktor akan mengesyorkan untuk tidak mengambil makanan diproses dan juga makanan yang mengandungi kandungan pewarna untuk mengurangkan hiperaktif di kalangan kanak-kanak.
Hiperaktif ada kaitan dengan penghadaman. Salah satu cara semulajadi untuk merawat hiperaktif adalah dengan merawat sistem penghadaman . Salah sumber semulajadi gelatin dan sup (sup tulang).
Kulit kering dan rambut yang kering boleh dikaitkan dengan kekurangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D ,E dan K2.
Gigi Tidak
Mengikut kajian Dr Weston A. Beliau telah mengkaji tentang kanak-kanak kembar yang memakan 2 jenis makanan yang berbeza. Di dapati Apabila anak-anak banyak mendapat makanan dari makanan berproses atau ibunya yang kurang menjaga makan dan nutrisi pemakanan semasa mengandung, anak kebarangkalian mempunyai gigi yang tidak tersusun.
Di dapati bahawa orang yang sering makan makanan yang segar ( di masak ) , lengkap dengan lemak sihat, protein dan karbo akan mempunyai gigi yang cantik dan tersusun.
Biasanya kaviti akan dikaitkan dengan memakan gula-gula dan makanan bergula yang terlalu banyak di dalam pemakanan seharian. Tapi salah satu sebab utama adalah mungkin kekurangan mineral yang betul, dan juga kekurangan vitamin larut lemak ( A, D , E, K ).
Mengikut pengalaman saya, sejak anak saya yang sulung mula makan nasi dan sayur-sayuran yang lain, dia akan mudah sembuh jika demam , selsema dan batuk. Berbanding adiknya yang sudah mula jadi "picky eater", adiknya akan lambat sembuh jika terkena selsema dan batuk.
Dalam masakan saya setiap hari , saya akan pastikan anak-anak akan dapat menelan sayuran hijau dan karot.
Perkembangan pertumbuhan gigi & tulang tengkorak akan lebih baik apabila ibu makan makanan yang tinggi lemak sihat(termasuk lemak tepu kaya daripada produk haiwan) , protein daripada makanan laut / daging, dan bijirin yang disediakan dengan betul. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga bagus di amalkan dalam diet seharian. Bagi orang yang mengelak/tidak makan makanan yang diproses akan kurang berisiko dengan masalah ini.
Sebenarnya apabila kita makan makanan yang kurang nutrient seimbang, kita akan cepat rasa lapar. Sebab itu, kita akan sering berasa lapar kerana sebenarnya badan kita "LAPAR" makanan yang bernutrisi baik. Badan kita akan berasa kenyang dengan makanan yang seimbang termasuklah makanan laut, berdaing, susu segar, keju, butter, minyak kelapa, buah-buahan, sayur-sayuran dan juga bijirin.
Apa yang kita boleh buat untuk anak-anak ?
1) Menyediakan makanan sebenar dengan memasak dan mengehadkan jumlah makanan yang diproses untuk keluarga kita makan .
2) Memastikan anak-anak mendapatkan banyak bermain di luar rumah ( selain i-pad dan tv seperti bermain basikal, bermain di taman permainan, dan sebagainya)
3)Apabila anak-anak dapat zat yang seimbang dan aktif , keadaan ini dapat meningkatkan sistem imun mereka dan membantu mereka tidur dengan cukup.
No comments:
Post a Comment