Jadual Newborn Baby Yang Ibu Bapa Harus Tahu

 

Untuk ibu bapa yang baru pertama kali merasai mengendalikan newborn, saya ingin kongsikan serba sedikit jadual tidur bayi yang baru lahir melalui pengalaman saya sendiri ...




So, nampak tak pattern newborn tidur masa umur dia 2 minggu- 1 bulan ? Memang macam nilah lebih kurang ya. Dia akan bangun tengah-tengah malam dalam pukul 3-4 pagi macam tu sama ada tak selesa sebab berak atau pun lapar nak menyusu. Anak-anak saya masa newborn pun macam inilah pattern mereka tidur. Sama je abang dan adik. Suka kejut ibu tengah-tengah pagi .

Walaubagaimanapun, ibu boleh mengajar sedikit demi sedikit pattern tidur bayi setelah umurnya masuk 2 minggu. Cuba ajar bayi anda untuk berjaga pada waktu siang dan tidur pada waktu malam. 

Apa yang suami boleh bantu ?
1. Boleh tolong tukarkan lampin
2. Kemas bilik ibu & baby supaya bilik tidak terkempam. Bagi ada pengudaraan di dalam bilik supaya bilik tidak berbau. 
3. Jika ada anak lebih dari seorang, bantulah puan isteri menguruskan anak-anak yang lain kerana ketika ini , apabila bertambah seorang ahli keluarga, aktiviti seharian sudah berubah. "Perangai" Si abang atau kakak juga berubah. Maklumlah kan, excited dapat adik baru...

Bolehkah saya bawa bayi berjalan-jalan walaupun belum habis berpantang?
Cuti yang majikan beri, gunalah sebaik mungkin untuk berehat dan pulihkan fizikal anda. Lagipun, bayi di awal usia begini masih lemah imunnya. Udara banyak mengandungi virus-virus dan kuman yang kita tak nampak. Kalau boleh elakkan supaya bayi tidak terkena jangkitan seperti demam/selsema/batuk. 

Saya teringat semasa anak no 2 saya admit di hospital awal tahun ini akibat demam panas dan batuk. Jiran sebelah katil adalah baby baru berumur 4 minggu sudah ditahan wad sebab batuk teruk dan selsema. Maknya belum lagi habis berpantang. Kesian sangat. Bila berborak, barulah tahu yang dia sudah pun berjalan-jalan di shopping complex bawa baby semasa masih dalam pantang. Selepas itulah bayinya mendapat batuk yang teruk diikuti dengan demam panas. 

Apa yang perlu di elakkan di awal bulan kelahiran bayi ?
1. Jangan terlalu dedahkan bayi di luar rumah.
2. Bagi orang yang datang melawat, galakkan untuk basuh tangan dahulu sebelum memegang bayi.
3. Jangan kejutkan bayi jika bukan untuk menyusukan bayi kerana mereka perlukan tidur 18 jam sehari.



lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test