4 Suplemen Wanita Digalakkan Ambil



Bagi wanita mementingkan kesihatan optimum dan mahu mengamalkan pengambilan pemakanan tambahan, mari lihat 4 senarai suplemen yang wanita digalakkan ambil :



1. Kalsium

Kenapa wanita memerlukannya?
Semua orang tahu kalsium adalah untuk membina tulang yang kuat, tetapi mineral ini juga penting untuk fungsi-fungsi lain seperti menghantar signal ke otak dan saraf-saraf lain. Saraf wanita yang berumur 19-50 tahun, memerlukan 1,000 miligram  kalsium sehari. Jadi, anda boleh agak sendirilah berapa banyak kalsium yang anda boleh ambil dari pemakanan seharian. Sebab itu, makanan berproses tidak di galakkan .

Dos harian : Wanita berumur 19-50 tahun memerlukan 1,000 miligram Kalsium sehari. 

2. Vitamin D

Kenapa wanita memerlukannya?
Selain membantu penyerapan kalsium,Vitamin D juga membantu mencegah kanser kolon, kanser payudara dan diabetes.

Dos harian : 2,000 unit antarabangsa (IU) vitamin D-3 pada musim sejuk. Pada musim panas, digalakkan untuk ambil 1000 IU atau tidak perlu makan jika anda mendapat banyak matahari dalam satu hari. Contohnya joging pada waktu pagi .

3. Asid lemak omega-3

Kenapa wanita memerlukannya?
Asid lemak omega-3 memainkan peranan penting dalam mengekalkan paras kolesterol yang sihat dan kesihatan jantung dengan menurunkan paras trigliserida (lemak) darah, meningkatkan paras Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (HDL) dan menurunkan paras Lipoprotein Ketumpatan Rendah (LDL). Asid lemak perlu tersebut juga merupakan komponen struktur dan fungsian membran sel yang amat penting.
Selain menggalakkan kesihatan jantung yang baik, DHA juga menyumbang kepada perkembangan otak, fungsi sistem saraf dan kesihatan mata. Bersama EPA, kedua-duanya bertindak sebagai sumber tenaga, menebat tubuh daripada kehilangan haba, mencegah kulit daripada kering dan berkeruping serta menampan tisu dan organ.
Pengambilan asid lemak omega-3 mampu mengurangkan keradangan,di mana boleh mencegah kanser, diabetes & sakit jantung.
Dos harian: 1-2 gram (1,000 hingga 2,000 mg).Pengambilan setiap kapsul haruslah di ambil bersama makanan lain atau bahasa mudahnya, diambil selepas makan.


4. Probiotik

Kenapa wanita memerlukannya?
Probiotik, atau bakteria baik, telah terbukti untuk meredakan masalah gastrousus, seperti cirit-birit, dan juga membantu mengurangkan selsema.

Dos harian : Satu kapsul dengan 10 bilion  (CFUs), sebaik-baiknya pada waktu pagi supaya untuk membantu sistem penghadaman.


Semoga Bermanfaat!!

sumber : http://www.allyou.com/

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test