Perkara Perlu Tahu Tentang Ubun-Ubun Bayi


Ubun-ubun dari sudut SAINS:
Ubun-ubun bayi lembut dan berdenyut adalah normal. Ibu bapa baru jangan PANIK! Tidak perlu risau. Hal ini terjadi kerana tulang bagi membentuk tengkorak pada kepala si manja anda masih belum bersambung sepenuhnya. Ubun-ubun atau dalam istilah perubatan dipanggil FONTANELA merupakan bahagian kecil daripada kepala si bayi. Ia kelihatan lembut dan lembik walhal ia tidak seperti yang dilihat kerana ia dilapisi membran yang kuat.

Ubun-ubun berdenyut kerana ia masih belum tertutup sepenuhnya. Bahagian berdenyut akan tertutup ketika bayi berusia kira-kira 18 hingga 20 bulan. Sekiranya dia berusia 29 bulan dan ubun-ubun masih berdenyut atau belum tertutup, maka anda perlu mengambil perhatian untuk pencegahan awal kerana ia kemungkinan tanda awal sindrom down, hidrosefalus (pembesaran tengkorak kepala) atau hipotiroidisme (Kekurangan hormon tiroid).


Ubun-ubun dalam masyarakat melayu

Sejak kecil, ubun-ubun menjadi perhatian terutamanya kawasan ini adalah kerangka tengkorak lembut ketika bayi dan tengkorak terakhir yang keras. Semasa kecil juga ubun-ubun menjadi rujukan atau petanda untuk menilai keaadaan bayi. Ada yang mengatakan apabila ubun-ubun lekuk ke dalam menandakan bayi terkejut. Ada juga yang mengandaikan bayi demam, kembung, lapar dan sebagainya.


Selain itu ubun-ubun juga tempat orang selalu bacakan doa. Kita selalu dengar 'bacakan doa pada ubun-ubun anak ketika mereka tidur' dan sunat membacakan doa sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun isteri selepas nikah.




Ubun-ubun dalam Al-Quran 
Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16


"Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti(berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka."


Maksudnya
Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Prof. Muhammad Yusuf Sakr memaparkan bahwa tugas bagian otak yang ada di ubun-ubun manusia adalah mengarahkan perilaku seseorang. “Kalau orang mau berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga, kalau ia mau berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun.”



WASPADA
*Ubun-ubun Cembung.


Ubun-ubun yang kelihatan cembung menandakan adanya perubahan yang harus diberi perhatian iaitu bayi yang mengalami dehidrasi, disebabkan perubahan seperti cirit-birit atau muntah-muntah, sementara ubun-ubun yang kembung pula boleh menjadi simptom bagi meningitis.



sumber :
1. http://ejau.blogspot.my/2010/07/ada-apa-dengan-ubun-ubun.html
2. http://www.doktorbudak.com/2014/07/22/qa-ubun-ubun-berdenyut/
3. Majalah PAMA

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test