Manfaat Bermain di Taman Permainan




Jika anak anda gemarkan aktiviti bermain di taman permainan, ia adalah satu petanda yang bagus! 

Keupayaan kanak-kanak untuk melakukan kemahiran motor kasar secara langsung berkaitan dengan kecergasan fizikal. Jika dia seorang yang aktif bergerak ,mereka tidak ada masalah dalam aktiviti-aktiviti seperti melompat tali, memanjat pokok, dan mengayunkan ke atas peralatan taman permainan. Jika kanak-kanak tidak sukakan aktiviti luar (outdoor) , tabiat ini cenderung untuk kekal sehingga dewasa menyebabkan kanak-kanak tidak aktif secara fizikal untuk membesar menjadi  orang dewasa yang kurang aktif.


Gelongsor
Aktiviti Papan Gelongsor membantu dalam perkembangan sistem vetibular (keseimbangan)kerana berlakunya pergerakan badan dan kepala dalam pelbagai posisi. Ia juga merupakan aktiviti saraf motor besar, kerana ia memerlukan kanak-kanak untuk mendaki tangga, mengimbangi pada satu kaki dan beralih berat badan semasa mendaki tangga.




Memanjat dinding
Memanjat dinding adalah amalan yang baik untuk penyelarasan kaki atas dan bawah kerana kanak-kanak perlu memikirkan di mana untuk meletakkan tangan dan kakinya, mengikut turutan. Dinding juga membantu perkembangan kekuatan badan dan jari kanak-kanak . Sesetengah permainan di taman permainan mempunyai struktur boleh alih untuk mendaki (contohnya, permainan yang dibuat daripada tali atau rantai), yang memerlukan kemahiran koordinasi yang lebih mencabar, kerana melibatkan pergerakan badan . Aktiviti memanjat juga bagus untuk perkembangan sendi dan otot.



Gelung
Anak-anak boleh merangkak melalui gelung dengan melibatkan kedua-dua tangan dan kaki. Posisi ini membantu berkembangan kekuatan di perut dan skil meng-koordinasi badan.



Buaian
Buaian adalah sumber terbaik vestibular apabila badan bergerak tetapi kaki tidak jejak ke tanah. Mengijakkan kaki ke tanah semasa aktiviti bermain buai mampu mengembangkan skill koordinasi motor.


Monkey Bars
Aktiviti bergayut ini membantu mengembangkan kekuatan bahagian atas badan ( tangan, bahu, dada) dan juga kekuatan tangan serta koordinasi badan. Jika anak-anak anda mampu lakukan gayutan kaki atas,kepala di bawah (pastikan di bawah pemerhatian ibu bapa), ia juga sumber terbaik untuk vestibular input.


Jongkang-Jongket
Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak mengawal koordinasi tubuh, kerjasama antara 2 orang kanak-kanak . Sistem keseimbangan, dan bahagian atas badan banyak bekerja ketika aktiviti ini di lakukan. 


    John Dewey (1852-1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak. Melalui latihan dan kemahiran asas pula ia dapat membantu kanak-kanak membina kecekapan dan keyakinan dalam segala kegiatan. Selain itu, ia dapat memperbaiki penyelarasan daya otot saraf, daya tenaga asas, ketangkasan dan timbangan dalam penggunaan alatan.


Semoga Bermanfaat!


sumber : http://nspt4kids.com/

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test