Hadapi Anak Kuat Makan


Adakah anda pernah berhadapan situasi anak yang tidak berhenti makan dalam jarak waktu berdekatan? Perkara ini bukan sesuatu yang pelik kerana kanak-kanak terutamanya berusia 3 tahun yang sudah mengenal dan tertarik kepada pelbagai jenis makanan.

Selain itu, si kecil sudah mula menerima pengaruh daripada teman sebayanya. Contohnya merasai pelbagai snek baru sehingga dia menemui hobi baru iaitu makan dan mengunyah. Bantu anak mengelola “hobi” barunya ini.




1) Ajarkan Konsep Kenyang
Walaupun jenis makanan dan minuman yang diberikan dalam kategori sihat, namun pemberian makanan kepada anak harus tetap di kawal kerana segala sesuatu yang berlebihan itu tidak sihat. Kenalkan anak kepada konsep kenyang. Katakan padanya, “Adakah perut kamu sudah terasa penuh? Kalau sudah, itu bererti kamu sudah kenyang dan harus berhenti makan.”  Kenalkan konsep ini berulang kali kerana boleh jadi anak belum mengetahuinya. Anak yang tidak mengetahui rasa kenyang memiliki potensi menjadi anak yang cenderung tamak dan tidak mengenal rasa puas.



2. Mengunyah Dengan Betul

Salah satu tip adalah ibu harus perhatikan ketika kanak-kanak makan adalah cara dia mengunyah. Jika anaknya mengunyah terlalu cepat, makan makanan yang di telan masih dalam bentuk kasar. Ini akan membuat anak cepat kenyang dan cepat lapar semula. Mengunyah terlalu cepat juga membuatkan anak tidak menikmati makanannya, baik dari segi tekstur, rasa mahupun aroma.
Tidak menikmati makanan juga boleh di katakana sebagai bentuk kurangnya rasa bersyukur. Jadi, ajarkan dan ciptakan moment makan yang membuatkan anak anda mengunyah lebih lambat sehingga dia lebih menikmati makanan.



3. Sediakan Makanan Sihat

Salah satu cara mengawal nafsu makan yang terlalu besar adalah dengan menyediakan makanan yang sihat di rumah. Makanan sihat akan membuat rasa kenyang lebih lama, tidak terlalu merangsang seperti terlalu masin, terlalu manis hingga membuatkan anak ketagihan makan dan makan lagi.



4. Jauhkan Makanan

Periksa rumah anda, adakah tersedia bekas berisi makanan ringan merata-rata di rumah ? Apakah peti sejuk anda berisi terlalu banyak makanan yang sedia di makan ? Apakah almari makanan anda rendah sehingga isinya mudah di jangkau anak ? Jika ya, kemungkinan anak anda makan kerana terlalu banyak makanan yang tersedia di rumah yang menarik perhatian meskipun sebenarnya anak anda tidaklah berasa lapar.
Oleh itu, kurangkan makanan yang menggiurkan di rumah anda.
Salah satu factor yang menimbulkan keinginan untuk makan adalah akkibat banyaknya makanan yang tersaji di depan anda!



5. Alihkan Ke Aktiviti Lain

Hobi makan boleh menjadi salah satu cara anak menenangkan diri ketika sedih, bosan atau stress. Dalam keadaan ini anak akan cari keselesaan , ketengangan dan rasa selamat. Tugas ibu, mengajar anak bahawa perasaan ini tidak hanya boleh di dapati daripada aktiviti makan sahaja, sebaliknya boleh berbual, menyanyi, berjalan atau bermain bola.



Semoga bermanfaat!

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

1 comment:

  1. Susah jugak kan kalau anak terlalu kuat makan, takut obes pulak..huhu

    ReplyDelete

test