10 Perkara Lucu Ketika Menyusukan Bayi



Menyusukan si comel merupakan momen yang paling indah bagi wanita bergelar ibu. Dalam melengkapkan perjalanan penyusuan tentu banyak kisah suka duka yang ibu lalui. Mungkin salah satu daripada 10 perkara lucu tersebut turut berlaku kepada anda semua.



1. Kesan bunyi ketika menyusu. Si kecil memang pandai membuat pelbagai bunyi tanda dia sedang seronok menikmati susu ibu. Sekiranya anda sedang menyusukan bayi di rumah tentu anda seronok dan bahagia mendengar bunyi comel tersebut tetapi bayangkan jika anda sedang menyusukan bayi di tempat awam. Hmm...

 2.  Kadang kala ketika bayi sedang menyusu, ibu biasanya sibuk membuat perkara lain seperti melihat telefon bimbit, membaca buku dan sebagainya tetapi tiba-tiba bayi anda                 melepaskan puting payudara anda dan susu masih memancut keluar!

3. Terlupa payudara kanan atau kiri untuk sesi penyusuan seterusnya.

4. Tangan kecil yang menjalar. Biasanya tangan si kecil yang asyik menyusu turut sibuk menjalar di seluruh muka dan wajah ibu seperti memasukkan jarinya ke dalam mulut atau lubang hidung ibu, menarik rambut ibu, cuba menanggalkan cermin mata ibu dan bermacam lagi. Tapi ia sangat membahagiakan dan buat ibu tertawa lucu.

5. Pencarian puting. Lucu sangat bila bayi anda dipeluk dan dibaringkan dalam posisi menyusu oleh orang lain tetapi dia secara automatik akan mencari puting payudara.

6. Wajah bayi yang kenyang, gembira dan seronok selepas setiap kali penyusuan hanya membuatkan ibu tersenyum bahagia.

7.  Semakin membesar bayi anda, semakin banyak gaya dia tunjukkan semasa hendak menyusu.

8. Pantang ada bunyi yang mengganggunya ketika menyusu, bayi akan segera melihat ke arah bunyi tersebut sambil cuba membawa bersama puting payudara ibu. Ouchh...sakitnya hanya ibu sahaja yang tahu.

9. Bunyi tidak sabar yang dilakukan oleh bayi apabila dia hendak menyusu terutama apabila ibu baru pulang dari kerja. Kadang kala sampaikan baju ibu dihisapnya!

10. Saling berbalas senyuman. Tiada yang lebih menggembirakan ibu selain daripada senyuman manis si manja serta berbalas pandangan mata ketika proses penyusuan berlaku. Ia saat paling berharga!

sumber : Pama

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test