Rawatan Tradisional Rawat Kesuburan Suami Isteri



Kita Hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Apa yang anda dan pasangan boleh lakukan adalah dengan tidak berputus asa untuk mendapatkan zuriat. Selain kaedah moden, anda dan pasangan juga boleh mencuba kaedah tradisional seperti yang disarankan oleh Bidan dari Hayati Mom Care.

Berikut adalah Petua Turun Temurun Puan Noorhayati :

Untuk Perempuan 
1) Minum air rendaman ros kering atau rebus ros segar dan minum airnya. Rendaman air ros di katakan baik untuk membersihkan rahim wanita. Baik untuk di amalkan setiap hari.

2) Campurkan satu kuntum bunga kenanga bersama satu kuntum bunga ros segar dan rebus dengan secawan air. Rebus sehingga tinggal separuh cawan, sejukkan dan minum. Amalkan meminum air rebusan bunga kenanga dan ros ini 3 kali seminggu. Ia juga baik untuk membersihkan rahim


Untuk Lelaki
1) Minum kopi pekat bersama madu dan juga serbuk badam atau badam hancur. Campuran minuman ini di katakan baik untuk penghasilan testosteron. Amalkan pengambilan minuman ini setiap hari untuk kesan lebih efektif.

2) Selain minum kopi, lelaki di galakkan makan badam banyak untuk pernghasilan hormon testosteron.

[Infografik]

Antara rawatan yang boleh anda dan pasangan lakukan secara tradisional untuk meningkatkan kesuburan adalah :

1- Urutan
Urutan sangat penting untuk melancarkan perjalanan darah dan juga meningkatkan  penghasilan hormon bagi perempuan dan juga lelaki. Sebagai permulaan, sebaiknya anda dan pasangan mengurut secara kerap sebagai usaha dalam mendapatkan zuriat.

2- Bertangas
Bertangas bukan sahaja baik untuk wanita berpantang, malah bertangas amat di sarankan bagi wanita yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Antara khasiat bertangas bagi perempuan adalah memulihkan sistem peranakan.
Pada hari ini, bertangas bukan sahaja khusus untuk wanita, bahkan untuk lelaki juga di galakkan untuk melancarkan darah dalam badan lelaki.

3- Makan Jamu atau Makan Herba
Amalan makan jamu atau makanan herba adalah baik untuk sistem dalaman badan. Pilih jamu yang sesuai dan selamat untuk di amalkan kerena ada sesetengah jamu juga baik untuk membersihkan rahim dan juga melancarkan darah. Jamu juga boleh di amalkan oleh kaum lelaki , kerana ia baik untuk menghasilkan sperma yang berkualiti bagi kaum lelaki.

4- Amalkan Pemakanan Seimbang & Sihat
Selain jamu, amalan pemakanan yang sihat juga penting untuk diamalkan untuk setiap pasangan yang inginkan cahaya mata. Jadikan makanan seperti ikan, ulam-ulaman, buah-buahan dan sayuran sebagai hidangan anda untuk cara hidup yang lebih baik.

5- Makan Makanan Sunnah
Makanan sunnah terbukti khasiatnya seperti buah delima, kurma, madu, buah zaitun dan sebagainya baik untuk di amalkan.

6- Selalu "Bersama"
Cara tradisional juga menggalakkan setiap pasangan untuk membuat hubungan kelamin dengan kerap bagi mendapatkan cahaya mata. Yang penting, sentiasa berusaha dan tidak putus asa.

7- Kurangkan Tekanan dan Amalkan Gaya Hidup Sihat
Tekanan adalah tidak baik untuk kesihatan. Malah tekanan adalah salah satu faktor penyumbang kepada kesukaran mendapat zuriat. Kurangkan tekanan dalam kehidupan dan amalkan cara hidup yang sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu bagi mengurangkan tekanan dan menyihatkan badan.

8- Berdoa & Terus Berdoa
Sentiasalah berdoa dan meminta daripada Allah untuk mengurniakan zuriat. Jangan Putus Harapan dan berusahalah sehingga berjaya.


Semoga Artikel ini bermanfaat  bagi pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Ingatlah kawan, setiap kejadian ada hikmahnya. Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu menanganinya. Wallahua'lam.


Sumber : Majalah Pa&Ma

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..utk makluman, kpd sesiapa yg memerlukan khidmat urut tradisional blh lah hubungi sy di talian 011-11036311...sy menetap di kota bharu kelantan

    ReplyDelete

test