Aktiviti Harian Bantu Mudah Bersalin




Menghitung hari untuk melahirkan bayi memang mendebarkan. Siapa yang tidak mahu mudah bersalin. Ada banyak cara yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung untuk memudahkan proses bersalin.

Sebenarnya untuk bersalin normal, stamina dan cara pernafasan yang baik boleh diperoleh daripada melakukan banyak aktiviti cergas sepanjang mengandung.  Menghampiri waktu bersalin, sebaiknya ibu hamil tetap aktif. Beberapa aktiviti berikut boleh membantu ibu untuk mudah bersalin. Tak salah mencubanya. Melakukan tugasan rumah tangga antara aktiviti mudah yang boleh membantu anda.

1. Mengemop Lantai
Tahukah anda aktiviti membersihkan lantai seperti menyapu dan mengemop dengan posisi sedikit membongkok dapat mebantu melancarkan proses kelahiran secara normal. Posisi membongkok boleh melatih otot pelvis dan diafragma. Sekiranya ibu hamil rajin membersihkan lantai rumah dengan membongkok boleh membuatkan dinding perut dan diafragma menekan fundus yang dapat menghilangkan masalah pelvis sempit. Dengan kerap melakukan aktiviti ini, ia membantu mengurangkan kesakitan ketika hendak bersalin. Petua orang tua ini elok diamalkan pada trimester akhir kehamilan.

2. Senaman Ringan
Ibu hamil yang rajin melakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan kaki akan membuatkan badan cergas dan aliran darah juga lancar. Jalan kaki juga membuatkan anda cepat mengalami kontraksi ketika hendak bersalin. Kontraksi yang cepat sudah tentu memudahkan proses bersalin lebih pantas dan senang.

3. Teknik Pernafasan
Teknik pernafasan yang baik semasa proses meneran bersalin sangat diperlukan oleh ibu hamil yang bersalin normal. Oleh itu penting untuk anda mempelajari teknik pernafasan yang betul menghadapi sakit bersalin. Ia membantu mengurangkan stres ketika mengandung dan menghadapi sakit bersalin.



Semoga Bermanfaat!

sumber : pama 

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test