Makanan tingkatkan Kesuburan



Antara Makanan yang boleh tingkatkan kesuburan adalah :

1) Daging merah 
Kandungan zat besi dalam daging merah mampu menurunkan risiko kemandulan yang timbul dalam proses ovulasi. Zat besi membantu meningkatkan sel darah merah juga mengurangkan ancaman anemia.


2) Kacang
Kacang badam baik untuk lelaki dan juga wanita. Ia mampu meningkatkan ghairah seks wanita serta boleh melindungi embrio dari keguguran.

3) Tiram
Tiram mengandungi zat besi yang amat penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Selain tiram, zat besi juga terkandung dalam telur, biji-bijian dan kacang.

4) Kentang Panggang
Ia mengandungi vitamin B yang sangat tinggi. Kandungan vitamin B dan E di temukan dalam makanan ini dan boleh meningkatkan pembelahan sel serta meningkatkan peluang produksi ovum yang sihat.

5) Buah-buahan Segar
Kandungan vitamin C yang tinggi baik untuk meningkatkan kualiti sperma. Amalkan memakan Buah kiwi, mangga atau strawberi.

6) Bawang Putih
Bawang putih mempunyai khasiat boleh meningkatkan kesuburan orang lelaki.

7) Air
Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air minreal atau air yang di tapis. Anda di sarankan untuk minum 8 gelas air dalam sehari.

8) Sayur-sayuran berwarna kuning, oren dan merah
ia mengandungi banyak vitamin dan antioksida untuk mencegah penyakit di samping meningkatkan kesuburan. Sayur sawi pula mengandungi banyak vitamin, zat besi dan antioksida yang penting bagi kesihatan. Folik penting bagi penetasan telur yang baik dan berkualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko keguguran.

9) Kobis, Lobak Merah, Brokoli, Kacang Hijau, Keledek merah
Semua zat ini mengandungi khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatkan kesuburan. Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampu meningkatkan hormon testosteron.

10) Betik, Jambu Batu, Buah Naga, Tembikai & Buah Limau Nipis
Kaya dengan vitamin khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.


Semoga Bermanfaat!!

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test