9 Simptom Wanita JANGAN Abaikan



Sebagai wanita kita mesti pernah hadapi sakit kepala, keletihan dan ketidakselesaan.  Jom lihat 9 gejala yang wanita tidak perlu abaikan :



1. Keletihan Melampau
Walaupun banyak tanggungjawab yang anda harus selesaikan, jika mengalami keletihan yang melampau, jangan sesekali abaikan ! Sebab ? Keletihan melampau merupakan tanda banyak gejala seperti depressi, tiroid, diabetes dan juga kegagalan fungsi hati serta kanser. Jika anda rasa anda tidak hilang juga penat walaupun sudah berehat (tidur yang cukup) , menjada pemakanan dan bersenam, silalah mengatur jadual nada untuk berjumpa dengan doktor. Buat Full medical check up.




2) Sakit perut
Sakit perut seperti kembung perut ataupun ketidakselesaan di bahagian perut yang konsisten jangan di pandang remeh. Ia boleh jadi petanda bagi simptom appendiks, ulcer perut ataupun masalah dengan pundi hempedu. Jika anda rasa kesakitan di perut sentiasa berulang ataupun anda rasit sakit di bahagian tertentu di bahagian perut, segeralah berjumpa dengan doktor untuk konsultaasi lanjut.



3) Sakit Dada
Walaupun sakit dada (yang dipanggil angina apabila ia disebabkan oleh penyakit jantung) ia tidak semestinya tanda serangan jantung, ia boleh menjadi amaran bahawa anda mempunyai penyakit jantung koronari. Jika anda rasa apa-apa jenis sakit dada atau tekanan, dapatkan rawatan perubatan kecemasan.




4) Jantung Berdebar
pernah rasa berdebar-debar jantung anda apabila anda melihat kekasih anda? Itu hal lain. Tetapi jika ia berlaku secara tiba-tiba, ia boleh menjadi masalah kesihatan wanita yang perlu ditangani. Jantung berdebar juga boleh berpunca dari pengambilan kafein berlebihan, tidak cukup oksigen dalam darah, penyakit injap di jantung, atau hipertiroidisme boleh juga menajdi punca jantung berdebar. Segeralah berjumpa doktor jika anda mengalami simptom ini.




5)Hubungan Kelamin Yang Menyakitkan
Jika seks menyakitkan, sila beri perhatian: Badan anda mungkin cuba memberitahu anda sesuatu. Seks menyakitkan boleh memberi isyarat beberapa masalah sakit puan, termasuk jangkitan faraj, perubahan hormon anda, atau keadaan seperti endometriosis. Jadi, jika anda dapato hubungan kelamin yang tidak selesa atau sekadar menyakitkan, buatlah appointment dengan ob-gyn anda untuk mengenal pasti puncanya.



6) Sakit Kepala berterusan
Sakit kepala yang berterusan boleh menjadi tanda masalah kesihatan wanita. Anda mungkin rasasakit kepala yang melampau yang dikenali sebagai migrain - tetapi pada masa-masa yang jarang berlaku, ia juga mungkin sa;ah satu tanda untuk tanda-tanda strok, jangkitan pada otak, tumor, atau aneurisme. Jika sakit kepala ini kerap berlaku, berjumpalah doktor untuk dapatkan konsultasi.




7) Ketulan payudara
Jika andaada rasa ketulan payudara yang mencurigakan, ia boleh jadi simptom kanser payudara. Tetapi ketulan payudara juga boleh beri isyarat kepada cyst ataupun pertumbuhan lain. Segeralah untuk membuat pemeriksaan lanjut dengan doktor.



8)Sesak Nafas
Sering mengalami tidak cukup nafas? Sesak nafas adalah gejala yang biasa di kalangan wanita yang mempunyai masalah jantung dan boleh beri isyarat kepada penyakit jantung atau serangan jantung akan berlaku. Jika anda mendapati bahawa anda sesak nafas (terutamanya apabila ditambah dengan keletihan, pening, dan gejala-gejala lain), dapatkan konsultasi doktor. Jika anda rasa loya atau mempunyai sakit dada, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.




9) Sukar Tidur
Kebanyakan wanita pernah rasa sukar sekali-sekala, tetapi jika mengalami kesukaran untuk tidur untuk beberapa malam, kemungkinan ada maalah kesihatan yang mengakibatkan tidur anda terganggu. Ramai wanita mengalami masalah tidur apabila mereka memasuki fasa menopaus. Gangguan tidur - terutamanya kesukaran bernafas pada waktu malam - juga boleh menjadi simptom sakit jantung (seperti serangan jantung), otot jantung lemah, atau asma. Tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan wanita. Jadi, cubalah dapatkan konsultasi dari doktor jika anda alami kesukaran tidur yang kerap.


Semoga Bermanfaat!!

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test