Cara Turunkan Berat Dengan Kalori Defisit Berserta MENU FREE!




Hi!
Hari ni saya nak belanja Menu Makanan yang hanya 1680Kalori sahaja sehari! 









Nak tahu cara mudah untuk kira berapa kalori anda perlukan setiap hari ?
Anda akan tahu berapa kalori sepatutnya anda perlukan dalam sehari sesuai dengna aktiviti seharian anda. 


Jom saya perkenalkan apa itu kalori!

1. Apa yang dimaksudkan dengan kalori?
Kalori sebenarnya ialah unit ukuran untuk tenaga.

2. Adakah benar atau mitos bahawa tubuh manusia memerlukan kalori?
BENAR. Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) terlalu banyak dan tidak pula dibakar. Akhirnya, akan bertukar menjadi lemak yang tersimpan dalam badan. Inilah penyebab berat badan bertambah dan ianya bahaya untuk kesihatan.

3. Bagaimana saya mahu mengira jumlah kalori dalam makanan yang diambil?
Pada kebiasaanya, setiap produk yang dijual akan menunjukkan kandungan jumlah kalorinya pada bahagian
Maklumat Tentang Pemakanan.

Tetapi kiraan kalori boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi tersebut dengan nombor pekali tertentu yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh:

Satu hidangan Sos Cili didapati mengandungi kuantiti:

i. Karbohidrat –  53 gram (Berat) x 4 (nombor pekali) = 212 Kalori.
ii. Protein – 1 gram (Berat) X 4 (nombor pekali) = 4 Kalori
iii. Gula (sejenis karbohidrat) -16g (Berat) x 4 (nombor pekali) =  64 Kalori

Justeru,untuk 1 tuangan sos cili kuantiti kalorinya adalah 280.

Macam mana nak kurangkan berat badan ? 
Jika kita kekalkan dengan makan mengikut keperluan kalori kita, berat kita akan maintain sahaja. Kira kalori dari pagi sampai la ke malam. Kalau saya, saya suka kira kalori guna app di phone iaitu aplikasi MyfitnessPal. Justeru, Jika kita mahu menurunkan berat kita perlu ciptakan kalori defisit. 

Apa itu kalori defisit?

Kalori defisit merupakan defisit daripada dua nilai (nilai kalori keluar dan nilai kalori masuk), apabila nilai kalori keluar lebih tinggi daripada kalori masuk.

Contohnya, keperluan kalori saya mengikut berat dan ketinggian saya adalah : 1780
cara kira kalori defisit : 
1780 kalori (masuk) - 1780(keluar) = maka defisit kalori saya ada kosong (0)

Sekiranya saya makan berlebihan sebagai contoh 2000 kalori maka


1780kalori - 2000kalori = (+)220kalori

Nampak 220 kalori tu macam sikit sahaja kan? Tapi kalau lama-kelamaan disimpan maka ia akan jadi bukit ! Maka terciptalah berat badan yang tidak diingini..Gitu....

Namun sekiranya saya rajin dan workout di rumah 20 minit dan mambakar 220 kalori itu sehari, maka saya selamat dan berat saya akan kekal tanpa penambahan.

Jadi, apa yang penting sebenarnya kalau nak Lose Weight?
Apa yang penting adalah kombinasi diet dan juga senaman. Ok, Jom kita kira.

Contohnya saya. Keperluan saya adalah 1780 kalori..sekiranya saya hanya makan 1680 kalori maka dengan berdiet sahaja saya boleh sahaja dapat defisit.Betul ?

1780 kalori -1680kalori = 100 kalori defisit
Dan sekiranya saya bersenam dan membakar 500 kalori tambahan maka untuk hari tu sahaja saya dah bakar dalam (500kalori + 100 kalori) 600 kalori defisit
**Jam Polar antara jam yang boleh kira berapa kalori terbakar apabila kita melakukan aktiviti seperti aerobik, HIIT, berbasikal dan lain-lain lagi.


Agak-agak kan, dengan 600 kalori defisit itu berapa kg saya boleh turun?
Ingin saya tekankan di sini, USAHA untuk turunkan berat badan bukan boleh ambil masa sehari. Berpuluh2 tahun kita dengan berat kita..and bertahun-tahun kita ternak lemak badan tu, mustahil kita boleh hilang kannya dalam masa sehari atau seminggu . 

Sekiranya kita mahu turun  1kg berat badan kita perlu membakar 7700kalori. Oleh itu sekiranya anda dapat mencipta 550 kalori defisit sehari, maka anda memerlukan 14 hari (dua minggu) untuk mengurangan sekilo.


Jumlah kalori defisit terkumpul : 14 X 550 = 7700kalori (1kg)


Nampak macam susah tapi sebenarnya tidak! Sekiranya anda berdiet dan bersenam anda boleh mendapat defisit melebih 550 sehari. Tapi ingat..jumlah pengambilan kalori ketika berdiet tidak boleh kurang daripada BMI kita..Sebagai contoh saya tidak boleh mengambil makanan dan kalori kurang dari 1200 kalori kerana dia akan membawa kemudaratan kepada kesihatan  plak.


Untuk kira BMI, sila klik di sini.

Sebenarnya boleh sahaja kurus tanpa senaman asalkan jaga kalori intake. tak percaya ? Cuba anda NEKAD KIRA KALORI tanpa gagal selama 2 minggu sahaja. 



 Wanita tidak sepatutnya makan kurang daripada 1,200 kalori sehari. Lelaki tidak seharusnya makan kurang daripada 1500. Untuk ibu yang menyusukan bayi pula, kalori anda lebih sedikit dari wanita yang tidak menyusukan anak iaitu 2000 hingga 2,500 kalori. So, jangan kata ibu yang menyusukan budak tak boleh turunkan berat badan. Boleh. bukan tak boleh. Cuma NAK ATAU TAK NAK sahaja. Tapi sebenarnya kalau ikut pembacaan saya, paling selamat untuk ibu yang menyusukan bayi,yang hendak turunkan berat badan, adalah dengan bersenam. Makan berpada-pada. Memang mudahlah untuk turunkan berat badan. Saya dah cuba dan ianya EFEKTIF!



sumber:

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

2 comments:

  1. Bru saya faham harini. Selama ni susah nak faham, Cari blog yg boleh Bantu saya faham pun maseh tak berjaya. Tapi Penenangaan puan sangat mudah dan membantu saya. terima kaseh atas ilmunya. Semoga Allah memberi kebaikan buat puan. 💓

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. bru yg nie jelaskan dgn teliti. skg sya faham sgt2. mohon izin dgn ilmunya saya ambik. terima kasih

    ReplyDelete

test