Jamu & Penyusuan







Ibu sering diingatkan agar mengelakkan pengambilan jamu semasa menyusukan bayi di dalam pantang.


1) Mengambil jamu dalam tempoh 14 hari selepas bersalin sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat jaundis. Apatah lagi jika anda memiliki darah jenis O.

2) Jika ibu pernah berhadapan dengan masalah anak jaundis sebelum ini, kemungkinan untuk anak seterusnya berhadapan dengan masalah yang sama agak besar. 

3) Walaupun jamu diperbuat daripada bahan semulajadi, tetapi tidak semestinya selamat terutama bagi ibu yang menyusukan bayi.Menurut Dr. Ruth Lawrence (Professor of Pediatrics, Obstetrics & Gynecology University of Rochester School of Medicine & Dentistry), herba sama seperti ubat yang perlu digunakan dengan berhati-hati.

4) Untuk selamat, adalah lebih baik jika anda menyusukan bayi, tidak mengambil jamu sembarangan terutamanya  jamu yang tidak dilabel dan yang tidak diketahui kesahihan kandungannya.

5) Ibu selepas melahirkan bayi bimbang tidak dapat mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung. Justeru, jika diketahui ada jamu dan herba yang mampu mengurangkan berat badan dengan segera, ada yang sanggup menelannya.

6) Ingatlah, berat badan sewaktu mengandung tidak naik dalam masa sehari. Jadi, usaha untuk mengurangkannya semula tidak akan berlaku dalam masa yang singkat!

7) Ketahuilah bahawa ibu yang menyusukan anak boleh mengurangkan berat badan apabila bayi berusia tiga hingga enam bulan lebih cepat daripada ibu yang tidak menyusukan bayi tetapi hanya mengurangkan kalori.

8) Kajian lain menyatakan ibu yang menyusukan bayi selepas sebulan bersalin berupaya mengecilkan pinggul dan mengurangkan berat badan berbanding wanita yang memberi bayinya susu formula.


Semoga bermanfaat!


sumber : Pa & Ma

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test