Asthma atau dikalangan orang melayu 'lelah' merupakan satu penyakit yang boleh dianggap biasa di kalangan kanak-kanak. Ianya berlaku dikalangan 8 - 10 % kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak ini akan mengadu susah bernafas, batuk berpanjangan, tidak boleh tidur malam dan juga nafas berbunyi.
Apabila ibu bapa membawa kanak-kanak ini berjumpa doktor di klinik atau hospital, maka doktor akan memberitahu penyakit anak anda dan beberapa cara untuk mengatasi dan mengubati.
Asthma atau 'Bronchiol asthma' bererti seseorang itu mengidap penyakit dimana salur-salur pernafasannya akan mengecil ketika asthma menyerang. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan nafasnya akan berbunyi. Peringkat kedua asthma adalah apabila berlaku radang 'inflamation' di dinding-dinding salur pernafasan tersebut atas tindakbalas badan.
Dalam keadaan biasa dan normal kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa tanda, kerana proses pengecilan itu adalah sementara.
Walaupun asthma secara amnya seperti penyakit biasa, tetapi kadangkala penyakit asthma yang teruk boleh juga menyebabkan maut dan asthma yang tidak terkawal boleh menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai tumbesaran yang terganggu.
Selama ini gejala asma hanya dikaitkan dengan nafas berbunyi atau jika seseorang mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti-aktiviti seperti menaiki tangga, bersenam atau berlari.
Sebaliknya, jika pesakit asma kerap batuk sama ada ketika bercakap atau ketawa itu adalah gejala pertama keadaan asma mereka sudah tidak terkawal. Biasanya, batuk itu adalah jenis tanpa kahak.
Dianggarkan 80 peratus penghidap asma mengalami masalah sinusitis (resdung) dan alahan pada makanan. Mereka juga mudah terkena penyakit kulit.
Asma yang tidak dirawat boleh mengakibatkan paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berkembang dengan baik. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menyebabkan paru-paru kehilangan fungsinya.
Anda boleh mengesan sama ada asma anda terkawal atau sebaliknya dalam tempoh 30 saat dengan menjawab soalan-soalan berikut:
1. Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit dada kerana asma selama empat hari atau lebih dalam seminggu?
2. Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit dada ketika anda terjaga pada waktu malam?
3. Adakah anda berhenti melakukan senaman kerana asma dalam tempoh tiga bulan lalu?
4. Adakah anda menggunakan ubat sedutan empat kali atau lebih dalam masa seminggu?
Jika jawapan anda `Ya' pada salah satu soalan atau lebih yang dinyatakan, penyakit asma anda adalah tidak terkawal. Berbincanglah dengan doktor anda secepat mungkin untuk memastikan asma anda tidak merebak.
Pemakanan Mengurangkan Risiko Serangan Athma
Sama seperti sesetengah makanan boleh membuat asma lagi teruk, ada yang boleh melegakan asma atau menghalang ia .
Asma boleh menjadi sangat menakutkan bagi anda dan anak kecil anda, tetapi ada beberapa cara pemakanan anda yang boleh membantu menguatkan badan sedikit terhadap keadaan ini.
S A T U
Bawang putih adalah antibiotik semula jadi yang kuat dan mempunyai ciri-ciri anti -radang . Bawang putih boleh membantu badan memerangi asma. Cara saya bagi anak makan bawang putih adalah dengan mereneh sup ayam/daging bersama 2 labu bawang putih. Ataupun, boleh juga buat cucur udang yang di blend bersama beberapa ulas bawang putih atau satu labu bawang putih.
D U A
Omega 3 asid lemak yang ditemui dalam ikan , minyak flaxseed , minyak Chia , kacang, dan avokado . Ini semua adalah makanan yang mempunyai ciri-ciri anti-
T I G A
Vitamin C boleh membantu merendahkan tahap histamin (menurut satu kajian yang disiarkan dalam Ensiklopedia Perubatan Asli Edisi Ketiga , yang merupakan sumber utama untuk anti-keradangan).Makanan yang kaya dengan Vitamin C termasuk blackcurrants , capsicum , brokoli, kale, rosehip , pasli dan buah kiwi
E M P A T
Makanan yang tinggi magnesium seperti oat , buah tin , badam , kacang Brazil, labu dan biji bunga matahari, bayam dan tahini boleh membantu untuk melonggarkan paru-paru dan mengurangkan hiperaktif bronkial
L I M A
Quercetin ( antioksidan ) memainkan peranan dalam membantu mengurangkan pengantara keradangan seperti histamin dan terdapat dalam buah beri, bawang merah dan bayam
No comments:
Post a Comment