Adakah anda tahu apa sebenarnya fungsi ujian imbasan ataupun ultrasound ?
Ramai ibu hamil ingin menjalani ujian imbasan untuk mengetahui keadaan bayi dalam kandungan. Namun ramai tidak tahu rahsia di sebalik pelbagai jenis ujian imbasan yang perlu di lalui sepanjang tempoh kehamilan.
Biasa di lakukan dari minggu ke-8
1- Doktor akan mencari kantung, plasenta dan embrio bersama dengan denyutan jantungnya (mungkin lebih daripada satu embrio).
2- Seawal minggu ke-6, bayi sudah boleh di lihat. Ia mungkin akan kelihatan seperti berudu ataupun telur goreng
3- Doktor akan melakukan ujian ini pada minggu ke-8, di mana bayi mudah di lihat. Malah jika anda mengandung kembar, kantung bayi akan kelihatan lebih jelas menunjukkan mereka seiras ataupun sebaliknya.
4- Ia perlu di buat; sebagai rawatan kesuburan menentukan haid tidak teratur, pendarahan, diabetes atau keadaan lain yang boleh memberi kesan kepada kandungan.
Biasa di lakukan pada minggu ke-10 hingga ke-14
1- Bayi akan di ukur. Sehingga pertengahan kehamilan, pertumbuhan bayi hampir sama, jadi saiz bayi dapat menunjukkan minggu kehamilan anda.
2- Usian kehamilan lebih tepat jika mengetahui hari pertama haid terakhir anda.
3- Usia kandungan di bawah 2 minggu, lebar kantung ( CRL) , kepala (BDP) dan panjang tulang pinggul (FL) akan diukur.
4- Organ
Biasa Di lakukan pada minggu ke-11 hingga ke-12
1- Doktor akan mengukur ketebalan lapik(pad) pada belakang leher bayi.
2- Ini dilakukan bagi mengetahui risiko bayi mempunyai sindrom down, kecacatan jantung atau masalah kromosom.
3- Ujian ini hanyalah di atas skrin, jadi keputusan positif memerlukan penyiasatan lanjut untuk memastikan kesahihannya.
Biasa di lakukan pada minggu ke-20 hingga ke -23
1- Ujian ini di lakukan untuk lihat bayi dengan lebih teliti. Kadang-kadang ujian ini mengambil masa 30 minit.
2- Kepala baby akan diimbas dengan penumpuan khusus pada otaknya; muka dan mulut dilihat untuk meninjau risiko bibir sumbing, jantung, paru-paru dan sistem perkumuhan.
3- Begitu juga dengan tulang belakang. Ia akan dilihat dengan teliti.
4- Dada, kaki, jari, jumlah air ketuban, rahim, plasenta dan jumlah saluran darah di dalam tali pusat juga turut diteliti.
5- Tahukah anda; imbasan ini berupaya mengenal pasti 80% kes major dan 35% kes minor masalah kecacatan bayi.
1)
Fungsinya masih sama seperti imbasan lain namun kelebihannya lebih ketara. Ia boleh menunjukkan kedudukan bayi dengan lebih jelas berbanding dengan imbasan 2D. Malah kecacatan bayi seperti bibir sumbing, masalah jantung dan kecacatan LIMB dapat dilihat dengan jelas
2)
Anda boleh menyaksikan sendiri bayi menghisap jari, tersenyum, mengerutkan muka dan menguap.
Imbasan 4D boleh dilakukan bila-bila masa sahaja, namun untuk hasil imbasan terbaik, anda digalakkan melakukannya di antara minggu ke24 hingga ke-30.
Berikut merupakan gambarajah perkembangan fetus di dalam rahim ibu:
Semoga Bermanfaat!!
Sumber : Mingguan Wanita 10-16 Julai 2015
Cx pregnant kali ini byk kali scan. First trimester 4 kali cuz of cyst .. third trimester bcos of low lying placenta. Scan sbb detect sakit. Scan jantina tk nmpk pula. Baby malu2. May Allah ease
ReplyDelete