Assalammualaikum,
Bersambung dengan part 2
untuk potty training
anak.
Pengalaman potty training
anak saya ,2
orang, sedikit sebanyak
ada jugaklah tips-tips yang saya rasa
boleh di share
untuk semua parents
di luar
sana. Tak banyak, sikit pun jadilah kan!
P e r t a m a :
Start
Hari Isnin. Mudah nak kira berapa lama kita sudah latih anak kita untuk tidak pakai pampers/diapers.
K e d u a :
Untuk working parents, cubalah
untuk ambil cuti seminggu. 3 hari suami, 2 hari isteri atau sebaliknya.
Rancanglah sebaiknya. Ini adalah komitmen bersama.
Mudah untuk monitor
anak . Bila dah apply cuti, buatlah sehabis baik. Target seminggu atau 2 minggu paling lama.
K e t i g a :
Jangan pakaikan langsung diapers/pampers walaupun waktu malam mahu tidur.
Kerana,
kita tak mahu
anak confuse. Di takuti lambat untuk cakap yang dia nak poo-poo/kencing .
Sebab dah biasa
dengan pakai diapers.
K e e m p a t :
Selepas anak bangun tidur, cepat-cepat mandikan. Cangkungkan die di atas tandas . Saya mencadangkan latihlah anak untuk cangkung dahulu kerana posisi mencangkung lebih senang poo-poo berbanding posisi duduk. Itu
cadangan sahaja. Terpulang kepada parents.
K e l i m a :
Selepas minum susu, 15 minit-20 minit kemudian, cangkung kan die di atas toilet bowl. Beritahu dia, "kencing ya..shhh..shhh ". Kalau dia tak kencing juga tak mengapa. selang 15 minit kemudian, hantar lagi ke toilet.
cangkungkan dia di atas toilet bowl.
K e e n a m :
Hantar anak selang 15 minit sekali ke toilet. Apabila anda rasa 15 minit terlalu sekejap, jadi panjangkan lagi tempoh. 30 minit
sekali hantar ke toilet. Tanya dahulu sebelum
hantar ke toilet.
K e t u j u h :
Apabila hendak masuk tidur, kalau anak biasanya minum susu sebelum tidur, selepas 20-30 minit, tanya sama ada dia mahu kencing/poo-poo. Bagi anak yang masih tidak fasih bercakap dan tidak biasa, bolelah hantar terus anak ke toilet. Alas
lah cadar dengan plastik/ yoga mat pon
boleh. takdelah bunyi bising katil anak. Set kan jam waktu tengah malam, bangunkan anak untuk biarkan dia kencing di toilet. Tak kisahlah jika anak mamai sekalipun.
Papah dia. Nak bangun 2 kali pun boleh waktu malam.
K e l a p a n :
Usaha sudah, jadi jangan lupa berdoa agar usaha kita berhasil. Minta
pada-Nya agar memudahkan urusan. Insya Allah.
Tips ketika mengajar anak potty training :
1. Jangan marah anak jika dia terkencing/terberak di dalam seluar.
2. Belikan underwear/seluar dalam yang sesuai untuk anak yang cantik-cantik/ kartun kesukaan mereka agar mereka lebih bersemangat untuk tidak pakai pampers.
3. Berikan pujian jika mereka berjaya kencing/poo-poo di dalam toilet.
4. Jika anak yang tidak tahu bercakap sangat, kebiasannya ambil masa lebih lama sedikit macam anak saya. di tambah pula, tak pernah tak kencing ( waktu pakai pampers) waktu malam.
5. Last but not least, SABAR. Parents haruslah bersedia jika anak terkencing atau ter poo-poo. Benda itu memang biasa. Sediakan mop siap-siap.
Saya praktikkan kesemua step-step di atas untuk kedua-dua anak saya.
Alhamdulillah. No more pampers! Yeah!
jimat GST. Anak sulung saya berjaya kencing/poo-poo di toilet dalam masa seminggu sahaja! tapi kaw-kaw lah dugaannya. Siap pernah ter poo-poo atas lantai kat hall.
seketul-
seketul gitu.
Ibu die
jugalah yang
kutip.
.Haihh.
.Sabar.
.Sabar.. Anak yang kedua pula, ambil masa 3 minggu. Ada 2 faktor yang menyebabkan dia lambat sikit dari abang dia. Pertama, pampers tak pernah kering kalau tidur malam. Yang kedua, dia tak pandai nak cakap dia nak poo-poo atau kencing. Sebab itulah
lambat. So, parents
lah yang
harus bentuk kan .
Ok,
itu sahaja!
Semoga bermanfaat ibu-ibu & bapa-bapa.
Thankz for the tips. Saya pun duk cari tip nak potty training. Semalam tb2 anak xnk pakai pampers. Blurr jap sbb mmg xready nk train. Ank masih xpandai nak bgtau bila nk kencing & poo poo. Tapi sy ikutkan gak. Dia plak geram bila selang 30minit sy asyk bwk g toilet. Last2 dia sendiri kintak pakai pampers, lepas 30 minit pakai pampers dia poo poo. Maybe dia pun masih xselesa nk ke toilet. Malam dia xnk pakai gak, so sy biarkan. Tp terbabas juga kencing dlm bilik. Mental memang kena kuat. Doakan saya berjaya ye. :)
ReplyDeletebest of luck dear.. so camne skrg? da ok?
DeleteMcm mana ye... Anak Saya pulak jenis nk pakai pampers je .. Kalau x pakai die menagis2 mcm kene pukul... Risau jugak...
ReplyDeleteSalam, puan Farah.. xpe.. anak puan mungkin belum bersedia tu. Tapi dia da pandai cakap x dia nak poopoo atau kencing? Mungkin puan boleh tunjukkan kat dia video budak budak sebaya dia yang sedang belajar potty training. Mana tau, aura nak potty training tu sampai kat dia.. doa jgn lupa puan. Yang paling penting sebenarnya puan kena bersedia. Biaselah, budak nak bertukar fasa baru..kan.. ;-)
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Saya lepas raya ni nak cuba utk ank saya 1th 8 bln ug belom pandai lg ckp. Nak train awal sket dr kakak die umir 3 tahun baru diaperless. Saya tau mencabar tp ade orang berjaya lakukan bawah 2 tahun. Doakan saya ye
ReplyDeleteWah..gud luck ye puan nurul.. insya allah boleh.. sbb puan pun dah bersedia.. cuma jangan putus asa..sbb setiap budak, lain progressnya.. biar lambat, asalkan konsisten supaya anak xconfuse.
DeleteInsya Allah puan kacang.. jangan putus asa tau! Makan masa.. kena konsisten..
ReplyDeleteAnak sy plak da masuk 4y thun ni.mmg xpakai pampers kecuali time nk poop.kalau suh poop kat toilet mmg dia xmo.masuk je toilet automatik hilang rase nk poop tu even suh poop kat lantai.mcm mana yek cre nk atasi mslh ni.risau jgk nxt year dia da masuk pra skolah.nnt org rejek sbb xreti poop kat toilet.
ReplyDeleteSalam Puan lizya, saya ada cara yang agak extreme..tapi terpulanglah nak buat atau tak. Anak saya yang sulung, saya kuncikan dalam bilik air. Tapi, make sure lantai tak berbahaya. Tapi kita kena ada kat sebelah bilik air. Tengok-tengok sekejap dalam bilik air. Last sekali, Doa.. Hehehe..selamat mencuba, Puan.
Deletesalam, terima kasih untuk perkogsian tips. anak saya baru berusia 2 thn, pada waktu siang dia sudah tak pakai pempes, tapi waktu tidur malam dia masih tak boleh nak lepas pempes, walau pun kadang2 dia tak kencing pun dalam pempes tp dia tetap nk kena pakai pempes. sbb bila tak pakai dia akan kencing, saya pernah letak pelapik dekat tempat tidur dia tapi dia tak nk tidur ditempatnya mungkin dia rasa panas or tak selesa.. kalau kejut dia bgn waktu mlm untuk kencing dia tak nak. walaupun dia sedar. so ada apa2 tips yang sesuai untuk saya apply untuk ank saya ni...
ReplyDeletepetua yang saya amalkan pastikan selepas minum susu dalam 15 minit. bawa anak ke bilik air. bagi anak yang kurang selesa baring di pelapik.. tidurkan di tempat lain dulu, bila dia sudah tidur, baru angkat ke tempat yang beralas..
Deletesaya tidak mencadangkan puan untuk pakaikan pampers on off kerana ia akan menyebabkan anak keliru
Terima kasih untuk tips. Kalo belah mlm& jalan2 keluar masih ragu2 if xpakaikan pampers. Hehe. Masih mencuba. Info yg bermanfaat untuk ibu2.
ReplyDeletebest of luck puan... rajin-rajin bertanya ke anak sama ada dia mahu ke tandas jika bawa keluar jalan-jalan. insyallah lama-lama anak akan faham..
Deleteibu bapa kena banyak sabar dalam proses ini
Salam..tqsm dhn tios berguna..anak dh 3y tp anak sy lmbat bckp..lepas poo2 batu tunjuk pampers dia..hopefully bleh latih n diaperless before masuk tadika next year
ReplyDeletepuan cuba pesan hari-hari kepada anak sebelum poo2, beritahu puan.. anak pada umur 3 tahun insyallah sudah faham arahan cuma cara berinteraksi balik tu mungkin berbeza-beza
DeleteTips berguna..anak nak masuk 3 thn dh ni. Masih fully pakaikan dypers lg..siang dan malam
ReplyDeleteinsyallah cuba puan cuba dulu tips di atas..
Deletekesabaran dan kerjasama ibu bapa amat penting dalam proses ini.. tetapi hasilnya amat berbaloi..
kita usaha dulu yaa ...
Assalamualaikum..tips yang bagus.. anak saya yg besar amik masa juga utk potty training nie.. saya agak kurang sabar.. tapi alhamdulillah ayahnya sabar.. skrg mlm je dia berpampers sebab kami dua2 berkerja.. walaupun kebanyakkan malam dia x kencing pun..oh ya, saya nak minta izin share tips nie dkt blog say.. boleh x?
ReplyDelete