Adakah kafein yang saya telan akan masuk ke dalam susu badan saya?
Apabila anda minum secawan kopi atau sepotong coklat, kafein di dalamnya akan masuk ke dalam aliran darah anda. Sebaik sahaja ia berada dalam darah, sedikit daripadanya akan masuk ke dalam susu badan anda. Hakikatnya, sebahagian daripada apa sahaja yang anda makan dan minum akan muncul dalam susu badan anda.
Adakah kafein membahayakan bayi saya?
Terdapat banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti kesan kafein terhadap bayi yang menyusu badan. Kesemua kajian ini menunjukkan bahawa kafein memang masuk ke dalam susu badan, tetapi tidak banyak kesannya terhadap bayi.
Jika anda minum sehingga 750mg minuman berkafein sehari (kira-kira lima atau enam cawan kopi) kemungkinan besar ia tidak mendatangkan kesan kepada bayi anda. Dalam ujian yang dilakukan, jumlah kafein dalam air liur atau air kencing bayi yang minum susu badan ibunya yang telah meminum sejumlah kafein tersebut adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan.
Walau bagaimanapun, sesetengah ibu yang minum banyak kopi mengatakan bahawa bayi mereka kelihatan lebih jengkel dan resah ketika disusukan. Jika anda dapati ini berlaku, cuba kurangkan pengambilan kafein dan lihat apa yang berlaku. Ingatlah bahawa teh, minuman kola dan minuman untuk tenaga juga mengandungi kafein.
Jika anda mengambil terlalu banyak kafein semasa menyusukan anak, anak anda akan mula menunjukkan tanda-tanda berikut:
1-Refluks
2-Sukar
3-Menunjukkan
4-Menjadi
Dr Lawrence, Jabatan Pediatrik, Universiti Rochester Sekolah Perubatan dan Pergigian, menyatakan bahawa bayi yang baru lahir tidak mampu menampung metabolisma kafein seperti orang dewasa. Jika seorang ibu mengambil terlalu banyak kafein setiap hari, maka ia akan di salurkan melalui susu ibu dan bayi tetap disimpan untuk metabolismanya. Ini boleh menimbulkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.
Kesan Kafein Dalam Badan
"Kesan kafein pada tubuh sebenarnya bergantung kepada sistem saraf seseorang. Bukan setakat itu sahaja, ia juga dipengaruhi oleh berat badan, jantina serta beberapa faktor penyokong yang lain. Bagaimanapun perlu diketahui bahawa setelah mengambilnya, kafein boleh bertahan dalam tubuh badan manusia selama lapan jam."
1. Pengaruhi jantung dan sistem darah
Kafein boleh mempengaruhi jantung dan sistem pengaliran darah. Kafein yang mula memasuki tubuh akan terus ke pembuluh darah seterusnya menyebabkan jantung berdegup lebih laju dari sepatutnya. Darah mula di pam lebih cepat ke seluruh tubuh. Kerana itulah ia mengundang bahaya kepada penghidap darah tinggi disebabkan risiko terkena strok agak tinggi.
2. Cegah penuaan dan kanser
Kebanyakan produk kafein seperti kopi, minuman coklat dan teh mengandungi bahan antioksidan di mana ia berupaya mencegah masalah penuaan serta kanser. Di samping itu, produk berkafein juga kaya dengan asid lemak serta beberapa jenis vitamin yang lain. Kerana itulah ia memberi manfaat kepada tubuh.
3.
Pengambilan berlebihan boleh mengganggu proses pencernaan di mana otot-otot di bahagian berkenaan mulai menegang. Hal ini secara tidak langsung menjadikan proses pencernaan berlangsung dengan perlahan. Cara terbaik mengatasinya adalah dengan menghindarkan diri dari mengambil teh atau kopi selepas makan. Paling tidak tunggulah sehingga setengah atau satu jam sekiranya anda benar-benar ingin mengambilnya. Begitu juga dengan ubat-ubatan yang dirumuskan menggunakan kafein sebagai bahan-bahannya. Masa pengambilannya juga perlu dilewatkan seperti yang dinyatakan di atas.
4. Kesan terhadap sistem saraf
Pengambilan kafein secara berlebihan boleh mempengaruhi sistem saraf. Malah kesannya juga boleh dilihat dengan jelas di mana tangan terketar-ketar, pening kepala, loya atau cemas sepanjang waktu.
5.
Ramai individu gemar mengambil kafein bersama gula. Sebenarnya, ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana tanpa disedari, mereka telah menyusahkan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh organ pankreas. Disebabkan pengambilan gula yang banyak, pankreas terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin untuk mencerna gula berkenaan. Kesannya, paras insulin dalam darah akan naik sekali gus membahayakan pesakit-pesakit diabetes yang gemar mengambil minuman ini.
6. Impak tekanan dua kali ganda
Kafein boleh memberi tekanan kepada tubuh badan. Sekiranya anda mudah mengalaminya maka dinasihatkan agar menjauhkan diri daripada kafein sepenuhnya. Bimbang sekiranya tubuh yang mudah tertekan akan mengalami tekanan berganda apabila ‘dibebankan’ dengan kafein di dalamnya.
Minuman / berkafein memang sedap. Saya sendiri penggemar kopi. Tapi sepanjang penyusuan anak kedua, memang saya berpantang betul! Lepas anak putus susu barulah saya sentuh susu . Tapi , memandangkan sekarang sedang fokus menjaga fitness badan, memang dah kurang minum kopi.
Semoga Bermanfaat!
1.
2.
No comments:
Post a Comment