Salah satu perkara wajib difikirkan apabila anda memilih untuk menyusukan anak dengan susu ibu adalah bagaimana hendak menyimpan stok susu perahan anda? Jangan sampai sudah perah susu banyak-banyak tak tahu bagaimana hendak menyimpannya.
Terdapat dua cara penyimpanan susu ibu perahan (SIP) iaitu sama ada menggunakan botol atau plastik. Namun bukan sebarang botol atau plastik ya. Ibu perlu menggunakan botol penyimpanan susu ibu dan plastik penyimpanan susu ibu yang direka khas untuk menyimpan susu ibu dalam peti sejuk.
Tidak kisah mana satu pilihan anda, yang pasti ia mesti mengikut kemampuan dan keupayaan anda sendiri. Berikut adalah beberapa tip yang boleh diguna pakai sebelum anda membuat keputusan.
Harga botol mahal berbanding plastik tetapi botol yang dijaga elok boleh tahan sehingga enam bulan. Biasanya botol penyimpanan dijual dalam bentuk pakej iaitu empat hingga 10 botol yang berharga antara RM17 hingga RM40. Sementara plastik penyimpanan pula dijual dalam dua pilihan saiz berharga antara RM12 hingga RM40 mengikut jenama. Plastik penyimpanan pula perlu dibuang selepas digunakan dan ketahanananya bergantung kepada jumlah susu ibu perahan yang hendak disimpan. Lagi banyak susu perahan lagi banyak plastik perlu digunakan.
Kalau hendak jimat ruang menyimpan SIP, anda digalakkan menyimpan dalam plastik terutama jika hanya menggunakan peti sejuk dua pintu. Tetapi sekiranya ada deep freezer, mungkin anda boleh menyimpan dalam botol susu kerana ada banyak ruang meletakkan stok susu perahan.
Proses
Jadi, tidak kira apa pun pilihan anda, pastikan ia mengikut kemampuan penghasilan susu dan kemampuan bajet anda sendiri. Yang penting, SIP selamat disimpan untuk kegunaan si manja tersayang.
No comments:
Post a Comment