5 Rutin Pulih Tubuh Selepas Melahirkan



Bagi yang baru sahaja melahirkan anak pertama, perubahan bentuk tubuh menjadi kerisauan. Pastinya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan para wanita. Kali ini saya ingin kongsikan  tips asas dan cara pemakanan untuk kesihatan dan mengembalikan berat badan ideal.



1. Terus Menyusu

Cara paling cepat untuk mendapatkan berat ideal dan mengembalikan bentuk tubuh ialah rajinkan menyusukan anak . Apabila menyusu, secara automatic anda menjaga pemakanan demi kesihatan bayi. Pastinya makanan yang di ambiljuga kurang berlemak, sejuk dan sebagainya. Jadi secara tidak langsung  ia memberikan kebaikan kepada kesihatan dan mengembalikan bentuk tubuh asal anda.



2. Gunakan Bengkung.
Ramai yang ambil mudah tentang pemakaian bengkung.Sebenarnya pemakian bengkung yang berterusan mampu mengecilkan otot-otot yang mengembang di bahagian pada bawah perut. Ada yang liat untuk memakai bengkung dengan alas an panas dan macam-macam lagi alas an. Bagi anda yang mahu mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum hamil, rajinkan diri untuk memakai bengkung.



3. Kudapan
Jangan biarkan perut anda kosong. Tabiat suka mengunyah/mengonyel orang jawa kata. Namun, haruslah mengunyah makanan berkhasiat contohnya buah-buahan dan kekacang, bukannya snek/jajan. Apabila anda kerap mengambil buah-buahan, perut anda sentiasa akan rasa kenyang/penuh dan ini akan membuatkan anda kurang mengambil makanan berat yang boleh menggemukkan badan.



4. Aktiviti fizikal.
Kebiasannya selepas melahirkan, anda tidak di galakkan melakukan aktiviti fizikal yang berat kerana boleh membahayakan diri. Jadi, kalau tak bersenam, bagaimana untuk dapatkan bentuk badan asal? Relax… banyak lagi masa.. Sementara anda masih lagi dalam proses pemulihan/pantang, baby anda boleh membuatkan anda membakar kalori dengan bermain dengannya. Jika anda bimbang senaman boleh memudaratkan anda selepas bersalin, tunggulah sehingga bayi anda 6 bulan barulah boleh mulakan aktiviti senaman. Rasanya, selepas 6 bulan bersalin, badan anda sudah kuat dan lebih bertenaga .




5. Jalan Kaki
Jika anda tidak berkesempatan untuk berjoging, cuba lakukan aktiviti lain seperti berjalan kaki. Dengan mengambil masa hanya selama 15 minitketika bayi tidur, ia dapat membantu anda menurunkan berat badan.



“Motherhood” is not about what is wrong what is right. It is beautiful journey you can cherish one fine day. Insya Allah.


Selamat Mencuba!

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test