Sakit kontraksi yang di alami oleh setiap individu adalah berbeza. Ada yang mengalami kontraksi
Ada juga yang mengalami kontraksi seakan-akan senggugut ketika haid.
Apabila kontraksi semakin kerap, anda sangat di galakkan untuk mencatat selang masanya.
"Perlu di ketahui bahawa anda tidak perlu segera ke hospital melainkan kontraksi yang di alami sangat kerap iaitu setiap 5 minit"
Teliti masa kontraksi anda selama sejam. Perhatikan bila masa setiap satu kontraksi itu bermula dan berakhir. Kontraksi sebenar sepatutnya menjadi semakin kuat (sakit), kerap dan berlanjutan selama sekurang-kurangnya 30 hingga 90 saat.
Anda di galakkan melakukan banyak pergerakan sebaik sahaja kontraksi bermula di sekitar bilik berslain. Amalan berjalan di yakini mampu mempercepatkan proses kelahiran. Apa yang pasti, anda tidak di galakkan untuk berterusan berbaring di katil ketika mengalami kontraksi kerana ia hanya akan melambatkan proses kelahiran.
Mempunyai pola sakit yang teratur- Sela masa kontraksi semakin dekat jaraknya seiring dengan pembesaran saiz serviks
- Kekuatan kontraksi bertambah seiring dengan berjalannya waktu
- Menyebabkan bukaan serviks semakin lebar
- Rasa sakit yang di alami bermula dari punggung dan bergerak ke hadapan.
- Tidak teratur atau tidak tetap
- Sela masa tidak hampir jaraknya, biarpun waktu makin berlalu
- Sering
kali lemah . Anda mungkin mengalami kontraksi lebih kuat diikuti dengan kontraksi lemah - Kontraksi yang di alami berhenti apabila anda berehat, berjalan atau berubah kedudukan
Tempoh masanya pelbagai - Tidak mempengaruhi bukaan serviks
- Rasa sakit yang biasa di alami hanya di rasakan pada bahagian hadapan.
Cara Mudah Untuk Tahu Kontraksi :
1. Kosongkan pundi kencing terlebih dahulu dan minum 2 gelas air
2. Baring
3. Sentuh bahagian atas rahim. Apabila anda rasa rahim mengeras, sentuh lagi di beberapa tempat lain. Jika kontraksi sedang berlaku, anda akan merasakan keseluruhan rahim mengeras.
4. Kira kekerapan dan jangka masa kontraksi berlangsung selama 1 jam.
Semoga Bermanfaat!
No comments:
Post a Comment