Dah nak penghujung Ramadhan ni...
Semakin terasa bahang nak Raya!
Excited
Saya nak share sedikit sebanyak beberapa persediaan yang saya lakukan untuk balik kampung.
1.
Rancang waktu perjalanan agar kita tidak mengantuk sewaktu memandu.
2.
Yang
3.
Walaupun saya fulltime housewife, saya akan pastikan saya akan bawa pam susu. Sebab nak banyakkan pengeluaran susu. But for
Kalau anak dah minum susu formula, masukkan susu dalam bekas susu yang mempunyai pembahagi ruang untuk 3. Percayalah, memang akan kelam kabut time nak beraya kalau tak bawa bekas ni. Anak-anak penat beraya dan kadang-kadang tak boleh lambat sikit kalau minta susu.
4. Air
Yang ini memang wajib ada dalam kereta. So anak-anak tidaklah meminta air manis-manis sahaja ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.
5.
Bawa stok lamping/diapers cukup-cukup masa balik kampung. Kat kampung, kita bukannya tahu ada tempat yang boleh jual diapers yang harga murah atau diapers yang anak selalu gunakan.
6.
Bab pakaian, kalau boleh rajiin-rajinkanlah mencuci pakaian . Guna lah mesin basuh, lagi cepat kering. Bukan apa, kalau kita kumpul baju kotor untuk di bawa balik ke rumah, alahai...
7. Ubat-Ubatan &
Haaa..yang ini pun sama penting. Anak saya ni picky eater, jadi pengambilan supplemen amatlah saya titikberatkan. Ubat-ubatan juga saya tidak lupa. Memang macam-macam ada: Vicks, minyak geliga, Minyak yu Yee, insect repellent, penyedut hingus, wet tissue, sapu tangan, sepit kuku, dan sebagainya
8.
Untuk mengelakkan kereta tak di diami lipas, memang bagus bawak plastik sampah dalam kereta. Make sure sampah kecil-kecil, plastik snek, air kotak kosong dan sampah-sampah lain semua di kumpulkan di dalam plastik sampah. Ada anak kecil memang macam ni la. It is beyond our control. Perjalanan yang jauh, memang menguji kesabaran. Kena leka kan mereka dengan makanan kegemaran.
9.
Tak salah kalau nak bagi anak tab atau i pad semasa dalam perjalanan balik kampung.
10.
Bawa mainan yang tidak mudah rosak seperti lego dan kereta mainan. Buku cerita juga bagus ketika di dalam kereta dan juga ketika di kampung. Tak salah rasanya nak amalkan budaya membaca walau di mana kita berada.
11.
Kalau saya, saya memang jarang berhenti di RnR kalau balik kampung kecuali kalau nak ke tandas. Tapi bila ada anak-anak, memang kena berhenti untuk meregangkan otot-otot. Pilihlah RnR yang lapang dan tidak ramai orang. Anak-anak bebas berlari dan bermain.
12.Penghadang cahaya matahari
Perjalanan balik kampung kebiasaannya boleh mencecah 10-12 jam. Jadi, sinaran cahaya matahari confirm akan buatkan anak tidak selesa. Sediakanlah penghadang cahaya matahari sebelum anak-anak meragam lebih teruk dan tidak terkawal.
13. Beg Serbaguna
Beg ni ala-ala macam beg doraemon. Selalunya memang akan letak di dalam kereta ( bukan di but kereta ) supaya senang hendak capai.
Semoga Bermanfaat!!
No comments:
Post a Comment