Teknik Pernafasan Mudahkan Proses Bersalin


Cara pernafasan yang betul membantu ibu melalui tempoh bersalin. Teknik yang betul bukan sahaja dapat memaksimumkan kandungan oksigen dalam tubuh badan malah membantu mengatasi rasa sakit semasa bersalin. Sebaliknya cara pernafasan yang salah boleh mengganggu proses bersalin. Selain ia turut membuatkan anda tidak mampu bertenang.

Pelajarilah cara pernafasan yang betul untuk mudahkan anda bersalin.


Cara pernafasan yang salah mengakibatkan :
1. Apabila anda tidak rileks dan berada dalam keadaan takut, secara tidak langsung , ia menyebabkan pernafasan menjadi cepat dan pendek.
2. Otot-otot tubuh yang berkait rapat dengan proses kelahiran menjadi sangat tegang. Cara bernafas cepat-pendek atau dikenali sebagai panic breathing hanya akan mengurangkan bekalan oksigen dalam darah dan bayi.
3. Segelintir ibu tidak bernafas dengan betul kerana mencuri nafas lalu menyebabkan bayi masuk semula ke saluran peranakan sehingga  menyebabkan proses kelahiran menjadi lambat dan panjang.
4. Risiko komplikasi semasa proses kelahiran, bahu bayi tidak melepasi faraj sedangkan kepala sudah berjaya keluar.
5. Ibu mudah keletihan. Ibu diingatkan agar tidak meneran terlalu banyak sehingga terpaksa mencuri nafas. Anda perlu lebih relaks.



Penglibatan Suami.
1. Suami digalakkan sama-sama belajar dan berlatih melakukan teknik bernafas yang betul.
2. Tujuannya kerana suamilah orang yang lazimnya menjadi teman ketika di bilik bersalin. Dia jugalah yang akan menjadi pembakar semangat ketika hendak meneran selain daripada membantu mengurangkan ketidakselesaan dialami setiap kali kontraksi menjengah.
3. Berbanding jururawat, anda tentu lebih selesa bersama dan mendengar arahan suami. Dengan memegang tangan suami , anda berupaya menuruti arahan dan tunjuk ajarnya untuk sama-sama bernafas dengan betul.
4. Suami perlu tahu teknik yang betul dan sama-sama bertenang agar pernafasan anda lancar dan berupaya mengurangkan rasa sakit yang di alami.



Pernafasan Masa Meneran.
1. Ikut gesaan yang datang melalui kontraksi untuk meneran apabila bukaan serviks cukup 10cm
2. Boleh meneran beberapa kali selagi masih berasa gesaan untuk meneran.
3. Langkah Teknik Pernafasan:
Fasa 1 : Air Ketuban Pecah
Fasa 2 : Kontraksi bermula dan menyebabkan anda tidak selesa. Mulakan teknik pernafasan yang dipelajari.
Fasa awal kontraksi : 
Mulakan pernafasan dalam
Masa tiada kontraksi : 
Lakukan pernafasan normal
Kontraksi :
Lakukan pernafasan dalam
Cukup 10 cm dan bayi sudah bersedia:
Tunggu arahan meneran dari doktor atau jururawat.Apabila kontraksi datang, guna teknik pernafasan dalam dan teran sambil hembus kuat. Apabila tiada kontraksi, guna teknik pernafasan normal dan tunggu kontraksi kedua dan lakukan pernafasan dalam dan teran. 
*Tips : Jangan meneran jika tiada kontraksi. Ianya sangat membazir tenaga dan anda akan cepat lemah. Just relax bila tiada kontraksi.

Persediaan Teknik Pernafasan Betul
1. Anda dan suami di galakkan mengikuti kelas antenatal yang mempunyai slot khusus bagi mengajar teknik bernafas yang betul.
2. Ahli Fisioterapi turut mengambil bahagian dalam kelas antenatal bagi mengajar persediaan sewaktu bersalin kelak.
3. Seawal minggu ke-25 kehamilan, anda dan suami sudah boleh mengikuti kelas antenatal dann belajar teknik bernafas yang betul.
4. Perlu lebih kerap bersenam untuk memastikan diri segar, bertenaga dan ada stamina.
5. Tidak semestinya perlu berjoging , anda boleh cuba berenang. Tubuh akan relaks di dalam air kerana tekanan yang rendah, Selain penggunaan tenaga rendah.

Apa Itu?
1. Pernafasan Dalam :

  • Tarik nafas melalui hidung dan sebut dalam hati "reeeee"
  • Hembus nafas melalui mulut dan sebut "laaaaaaaakss"


2. Pernafasan normal

  • Tarik nafas melalui hidung
  • Hembus nafas melalui mulut.
Sumber : Mingguan Wanita

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test