6 Realiti Pahit Jika Anda Menjadikan Senaman Sebagai Rutin Harian



Ramai di kalangan kita cuba untuk menjadikan senaman sebagai rutin harian. Ada yang berjaya, ada juga yang tidak. Walau apa pun, saya kagum jika ada antara kamu semua yang berusaha untuk menjadikan senaman sebagai rutin, walaupun kejap jadi, kejap tak jadi. But at least you have try your best! Dan kamu dah rasa macam mana "cabaran" untuk menjadikan senaman sebagai habit dalam kehidupan seharian. 
Tak Mudah , Kan?? 

1. Exercise/ Senaman Wajib Susah!
Senaman adalah pergerakan. Ia membuatkan kadar degupan jantung anda meningkat, sehingga sampai satu tahap anda akan rasa semakin susah hendak bernafas, dan menyebabkan otot anda rasa panas. Memang memenatkan dan kadang-kadang rasa macam tak mampu nak buat. Mana mungkin senaman adalah sesuatu yang senang. Tipu! Kalau senang, Dah ramai rakyat Malaysia Slim persis model! Senaman haruslah mencabar. Pastikan rutin senaman melebihi zon selesa kamu untuk melatih jantung, paru-paru dan otot menjadi lebih kuat. Semakin anda fit, anda harus tingkatkan kualiti senaman kepada rutin yang lebih mencabar.

2. Bukan Semua aktiviti di anggap sebagai senaman.
Sebenarnya , apa juga aktiviti yang melibatkan pergerakan badan adalah bagus untuk kamu. berjalan kaki di ofis, naik tangga di pejabat, bermain tenis Wii. Semua bagus! Tapi, senaman yang di maksudkan "senaman sebenar" terutamanya untuk kuruskan badan, haruslah seperti yang saya nyatakan di atas. Senaman itu haruslah mencabar diri kamu, harus meningkatkan kadar degupan jantung. Jika senaman itu tidak mencabar, ianya sia-sia jika kamu ingin menurunkan berat badan atau meningkatkan fitness.

3. Satu senaman tidak cukup!
Walaupun kamu dah bersenam waktu pagi selama 30 minit,40 minit atau sejam sekalipun, sebenarnya lagi bagus jika anda selitkan setiap aktiviti seharian kamu dengan exercise ringkas. Kamu akan dapati kamu lebih senang turunkan berat dan dan badan akan rasa ringan. contohnya

4. Bukan semua makanan kamu boleh makan.
Yang ini memang sangat mencabar terutama bagi yang pertama kali ingin menurunkan berat badan dengan menjaga pemakanan + senaman. Tidak semestnya selepas kamu bakar 500 kalori selepas zumba, kamu boleh makan brownies, tidak semestinya selepas kamu workout di gym , kamu boleh makan cheese cake! Jika anda target untuk turunkan berat badan dan ingin badan berketak-ketak, jagalah pemakanan. Jaga calorie intake. Kalau tidak, memang sia-sia kamu berpeluh selama berejam .

5. Senaman tanpa menjaga pemakanan adalah sia-sia.
Senaman tidak akan banyak mengubah tubuh badan  kamu melainkan kamu juga mengira kalori pemakanan. Untuk benar-benar mengubah badan kamu , kamu perlu untuk melakukan kedua-duanya : menjaga diet , makanan yang kalorinya rendah dari kalori yang anda bakar(senam) , dan  gabungan senaman kardio dan kekuatan (angkat berat/dumbell) . Begitu juga dengan berdiet. Jika anda hanya menjaga pemakanan, memang anda boleh kurus. Tapi bentuk badan kamu tidaklah berapa kemas/toned. Kerana apabila berat badan kamu kurang, berat otot juga kurang di mana badan kamu nampak flabby/menggeleber. Untuk hilangkan geleber, kamu perlu bersenam!

6. Kamu perlu bersenam sampai bila-bila.
Tak ramai yang suka bersenam untuk turunkan berat badan. Tapi tak di nafikan, untuk turunkan badan dengan lebih CEPAT, kamu perlu bersenam. Tapi satu masalahnya jika kamu sudah jadikan senaman sebagai rutin harian, dan kamu tidak bersenam dalam beberapa hari, kamu akan jadi lemah dan kurang fit. Macam saya, saya akan pastikan saya tidak akan berehat terlalu lama dari tidak bersenam , paling lama pun 2 hari. Ya! 2 hari tidak bersenam akan membuatkan saya rasa gelisah dan tidak sihat! Badan rasa berat. Tapi jika badan tidak sihat, saya tidak akan paksa diri saya untuk exercise. Saya cuma akan pastikan saya bersenam dengan cara berjalan pantas, mengemas rumah pantas-pantas. Contohnya, minggu lepas, 5 hari saya tidak bersenam sebab keracunan makanan. Memang lemah. Makan pun tak jaga. Capai apa sahaja makanan yang ada. berat, naik 2kg! Sebab itulah pentingnya saya harus mengekalkan senaman sebagai rutin harian jika saya mahu kekal fit dan tidak naik berat badan secara berlebihan.




Nah~ itulah dia antara "kepahitan" dalam "kemanisan" yang tersirat di dalam diri orang yang menjadikan senaman sebagai rutin hariannya. The Ugly truth! Tapi resultnya, memang memuaskan. Orang luar hanya nampak kita macam senang sahaja untuk bersenam dan turunkan berat badan. Tapi hakikatnya, kita sendiri yang tahu "hazab"nya. Hehe

sumber : http://www.fitandhealthyminds.pw/8-hard-realities-about-making-exercise-a-habit/

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test