Tahukah anda,
Apabila jangka hayat sel darah merah telah tamat, ia akan diproses oleh limpa & hati menjadi pecahan-pecahan substance yang lebih kecil untuk memudahkan penyingkirannya dari badan. Proses
Proses normal ini sememangnya berlaku dalam bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Akan tetapi bayi yang baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah/hemoglobin yang lebih tinggi. Apabila hemoglobin yang tinggi dalam bayi ini diproses utk penyingkiran dari badan, maka terhasillah jumlah bilirubin yang banyak menyebabkan kuning (neonatal jaundice). Bilirubin akan di keluarkan dari dalam badan melalui air kencing atau najis.
MENGAPA TERJADINYA KUNING?
Semua bayi berisiko mendapat kuning. Kajian menunjukkan 60% bayi yang cukup bulan dan 80% bayi yang lahir tidak cukup bulan akan mengalami kuning dalam minggu pertama selepas kelahiran.
Ada 2
**polycythaemia (kepekatan darah yang tinggi - boleh terjadi apabila tali pusat lambat dipotong spt dalam kes bersalin sebelum sempat sampai ke hospital)
Apa ibu-ibu perlu buat jika anak ada jaundice ?
1) Berikan susu sekerap mungkin, jika boleh sejam sekali atau lebih kerap.
-Jika bayi anda tidur, kejutkan dia untuk minum - bila bayi cukup minum, ini akan mengelakkan dehidrasi. Hydration yang cukup sangat penting untuk
-Bila baby minum secukupnya, dia akan buang air besar dan kecil dengan kerap dan ini juga membantu menyiingkirkan bilirubin berlebihan dalam badan. Pastikan juga teknik penyusuan yang betul, termasuk posisi, teknik lekapan dan sebagainya.
2) Dapatkan rawatan
- Jika paras bilirubin terlalu tinggi sehingga mencapai paras tertentu, doktor mungkin akan memberikan rawatan lampu (phototherapy). Lampu khas ini akan menukarkan bilirubin kepada bentuk yang lebih larut supaya lebih mudah disingkarkan melalui kencing & pundi hempedu.
Boleh tak kalau saya tak bawa anak ke klinik walaupun nurse dah suruh ke klinik?
Jika bayi yang paras bilirubinnya mencapai tahap bahaya tidak diberikan rawatan secepat mungkin, bilirubin berlebihan ini boleh larut ke dalam selaput dan tisu otak menyebabkan kernicterus. Bayi yang mendapat kernicterus berisiko mendapat kecacatan kekal seperti cerebral palsy, kurang pendengaran dan lebih teruk ia boleh membawa maut. Jadi saya rasa, jika kita tidak arif tentang jaundice , segeralah ke klinik ataupun hospital untuk dapatkan konsultasi dan rawatan. Jangan memandai-mandai pula .
No comments:
Post a Comment