So far, Alhamdulillah, saya tidak pernah pula terkena bentan semasa berpantang.
Tapi sedikit sebanyak ada jugalah mak dan mak mertua saya bercerita tentang bentan. Bentan ni bahaya kalau tidak di rawat dengan cepat. Worst case jika tidak dirawat,
Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.
Maksudnya jika ibu culas menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.
Tanda dan sebab bentan:
*Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.
Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.
1.
- Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang.
- Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.
2. Bentan urat peranakan/urat rahim
- Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah.
- Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.
3. Bentan urat besar (pinggang)
- Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang.
- Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.
“Petua rawat bentan“ paling berkesan dgn Izin Allah..
melalui Minum air Sarsi ATAU AKAR BELIMBING BULUH..
Air Sarsi..
Jika terasa seperti 3 simptom diatas terus minum air Sarsi atau minum air akar belimbing buluh. Kalau nak ikut mujarab AKAR BELIMBING BULUH LEBIH MUJARAB .
1. Mengadap kiblat bacakan Bismillah.
2. Salawat atas nabi 3 kali.
3. Niat minta kesembuhan “Ya Allah aku bertawakal hanya pd Mu dgn minum air ini sebagai penawar kepada sakit bentan ku ini“..
Kesembuhan sgt cepat macam buang habuk dekat mata jer..
CARA AMBIK AKAR BELIMBING BULUH
1. Suami sebaik2nya yg mengambilnya.
2. Buatlah sebelum bersalin sebagai persiapan utk dalam pantang
3. Ambik diwaktu matahari tegak dan sebaik3nya tengahari Jumaat
BACAKAN BASMALAH
ISTIGHFAR 7x.
ALFATEHAH 3x
SALAWAT ATAS NABI 3x
MENGAMBIL AKAR TU PUN MENGADAP KIBLAT
NIAT MENGAMBIL AKAR BELIMBING TU UNTUK BUAT UBAT ISTERI (SEBUTKAN NAMA ISTERI)
SEBUTKAN KESEMBUHAN MILIK ALLAH DAN SY MENGAMBIL ATAS IKHTIAR BERTAWAKAL DGN MU YA ALLAH..
CARA BUATNYA SEMASA ISTERI SAKIT BENTAN :
(RENDAM DGN AIR PANAS DULU CAMPUR SIKIT GARAM)
ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALANYA ILMUNYA YG SANGAT LUAS..
Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius. Sila rujuk di sini untuk ketahui tentang pantang larang ketika berpantang.
sumber : http://rozitaibrahim.com/rawat-bentan-jangan-x-percaya-pantang/
No comments:
Post a Comment