"
Mungkin perkara ini sering terjadi kepada para ibu yang bekerja dan meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh. Ada kalanya berhadapan dengan situasi kecemasan di mana pengasuh anak anda perlu bercuti secara tiba-tiba. Ada ketikanya anda sendiri atau pasangan tidak boleh mengambil cuti kecemasan secara tiba-tiba dan terpaksa membawa anak-anak ke pejabat.
Saya pernah seminggu straight bawa anak-anak ke pejabat . Masa tu baru 4 bulan habis berpantang. Jadi agak mencabar sebenarnya membawa anak-anak ke pejabat sebab anak-anak masih kecil. Anak yang sulung baru berumur 2 tahun manakala anak no 2 baru berusia 4 bulan. Nasib saya baik kerana mempunyai bos dan rakan sepejabat yang memahami.
Jadi, sebelum membawa anak ke pejabat, ada beberapa tip yang perlu dilakukan:
1. Beritahu pihak atasan tentang masalah anda
Sudah tentu kehadiran anak di pejabat boleh mengganggu suasana kerja dan produktiviti anda. Oleh itu maklumkan kepada ketua bahawa anda terpaksa membawa anak ke pejabat kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan. Beritahu alasan yang munasabah agar bos memahami situasi yang sedang anda hadapi.
2.
Pastikan suasana dan persekitaran kerja adalah kondusif untuk membawa anak kecil. Jika boleh suasana pejabat tidak berada dalam keadaan yang sibuk ketika anda membawa si kecil ke pejabat kerana ia boleh mengganggu tugas di samping sibuk menjaga si kecil. Sediakan tempat untuk anak berehat dan membuat aktivitinya sendiri supaya dalam masa yang sama anda boleh bekerja.
3. Siapakan aktiviti untuk anak
Jangan lupa membawa segala kelengkapan yang diperlukan untuk melekakan anak sepanjang mereka berada di pejabat menunggu anda bekerja. Antara barangan mereka adalah permainan kegemaran, alat tulis, buk mewarna, buku stiker, tablet (jika ada) dan sebagainya. Biarkan anak sibuk supaya dia tidak bosan menungguu dan boleh mengganggu anda membereskan kerja.
4. Maklumkan kepada anak situasi di pejabat
Berikan sedikit gambaran kepada anak tentang persekitaran di pejabat yang bakal dilawati. Sedikit sebanyak ia membantu si kecil menyesuaikan diri. Tegaskan yang mereka tidak boleh mengamuk, membuat perangai dan meminta balik sebelum habis waktu bekerja, tidak boleh mengganggu orang lain di pejabat membuat kerja dan membuat bising.
5.
Anak kecil sering mengadu lapar dan suka mengunyah. Oleh itu pastikan anda siapkan bekalan susu dan snek sihat supaya dia tidak merengek secara tiba-tiba meminta makanan dan sebagainya.
**Rakan sepejabat yang memahami dan membantu melayan kerenah anak-anak....
No comments:
Post a Comment