Apa Fungsi Warna-Warna Sayuran



Anak kecil memang cerewet bab makan sayur. Walaubagaimanapun anda tetap masukkan sayur dan buah-buahan dalam menu hidangan anak-anak. Hmm...sayur apa nak pilih ya? Ada macam-macam warna dan bentuk. Pentingkah warna sayuran dan buah-buahan kepada anak ni?

Tahukah anda sayur dan buah yang mempunyai warna berbeza itu menunjukkan khasiat yang berbeza.


Hijau
Mengandungi kandungan beta karotin, kalsium, fiber,folat, lutein, megnesium & vitamin C . Kandungan antioksidan iaitu lutein yang tinggi dan dapat membantu memberikan penglihatan yang baik. Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, osteoporosis, sistem penghadaman yang baik dan membantu mengawal berat badan!


Merah
Sayur dan buah berwarna merah merupakan pilihan yang baik kerana kandungan antioksidan iaitu lycopene dan anthocyanin yang merupakan anti radang baik untuk jantung. Ia juga menguatkan daya ingatan dan mengurankan risiko penyakit kanser.


Kuning dan Oren
Sayur dan buah berona kuning kaya dengan vitamin C serta antioksidan seperti karotenoid dan bioflavonoid. Ia baik untuk mata dan jantung serta mengurangkan risiko sakit sendi dan kanser. Vitamin C dan bioflavonoid bergabung menguatkan sistem kekebalan badan ( imuniti), merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol. Selain itu ianya menyihatkan sendi dan mengurangkan risiko kanser.


Ungu
Warna ini bukan sahaja menarik tetapi banyak kelebihannya. Semakin tua warnanya maka semakin tinggi kandungan nutriennya. Kaya dengan flavonoid, ia boleh menguatkan memori dan merendahkan risiko penyakit jantung. Ia juga membantu melambatkan proses penuaan .

Putih,coklat dan krim
Buah dan sayuran putih walaupun nampak ianya tidak ada warna, tetapi sebenarnya ia mengadungi banyak vitamin dan fitokimia seperti Allacin,beta-glukan dan flavonoids. Ia membantu mengawal paras gula dalam darah.  Ianya membantu sistem arteri, melawan kanser dan untuk tulang yang kuat.




lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test