Bila cerita bab pantang, benda first sekali terlintas dalam kepala adalah ;
-
-
-
Ada ke perbezaan pakai mengamalkan memakai stokin 4 bulan dan 2 bulan ?
1) Selera makan tak adelah membuak sangat kalau mengamalkan memakai stokin lebih dari 2 bulan. Berat badan mudah turun tapi tak adalah banyak.
2) Apabila mengamalkan memakai stokin di rumah, badan tak rasa bisa-bisa atau sengal-sengal. Rasa badan suam-suam aja.
Menurut orang tua-tua pula, pemakaian stokin adalah perlu untuk ibu dalam pantang untuk mengelakkan badan ibu masuk angin, sekaligus mengelakkan bentan. Ada juga yang menyarankan disapu minyak angin dulu pada tapak kaki dan betis ibu sebelum memakai stokin.
Ada juga mengatakan bahawa pemakaian stokin ketika pantang adalah perlu untuk supaya orang tahu ibu sedang berpantang dan berjaga-jaga apabila berjalan. Maklumlah ibu berpantang sentiasa berlunjur, dan melanggar ibu jari kaki ibu berpantang dikatakan boleh menjejaskan rahim.
Namun, mungkin sebab itu tiada garis panduan khas stokin bagaimana yang harus dipakai, tapi kebanyakan ibu berpantang sering memakai stokin tebal dan kelihatan tidak kemas dan tidak selesa. Dan ada ibu yang berasa rimas apabila terpaksa memakai stokin.
Kepentingan memakai stokin selepas bersalin dari sudut sains
Rupa-rupanya ada penjelasan saintifik kenapa ibu lepas bersalin sepatutnya memakai stokin.
Salah satu cara badan kehilangan haba ialah melalui tapak kaki, jadi pemakaian stokin adalah baik untuk menyimpan haba dan mengekalkan suhu badan yang optimum bagi melancarkan proses penyembuhan luka dalam ibu. Jika suhu badan ibu lebih rendah, dikhuatiri proses penyembuhan luka akan terganggu dan luka ibu akan lambat sembuh.
Dalam tempoh hamil, ibu terdedah kepada pembekuan darah kerana terdapat perubahan kepada sel-sel darah dalam badan ibu. Risiko ini berlanjutan sehingga 6 minggu selepas bersalin. Pembekuan darah ini paling kerap berlaku pada salur darah bahagian betis. Semasa berpantang, ramai ibu yang kurang aktif, mungkin kerana perlu banyak rehat dan menyusukan bayi. Akibatnya pengaliran darah pada bahagian betis kurang lancar dan risiko untuk pembekuan darah adalah tinggi. Jadi, pemakaian stokin boleh membantu mengecutkan otot dan melancarkan pengaliran darah pada bahagian betis.
Begitu juga semasa mengandung, ramai ibu yang mengalami masalah saluran darah pada bahagian betis dan paha yang mengembang. Keadaan ini juga menyebabkan pengaliran darah menjadi kurang lancar dan meningkatkan risiko untuk pembekuan darah. Pemakaian stokin juga perlu di sini untuk membantu pengaliran darah yang lancar.
Namun, yang menjadi persoalan, adakah stokin-stokin kartun, stokin yang longgar dan tebal itu boleh menyelesaikan masalah ini? Stokin yang paling baik ialah stokin yang ketat atau compression stockings, yang biasa digunakan oleh ahli fisioterapi untuk rawatan darah beku. Kalau tak kenal yang mana satu, macam yang Aishah Sinclair pakai dalam iklan tu, yang untuk pengaliran darah yang baik. Saya sangat suka
Kalau tak dapat stokin ni, boleh guna stokin orang buat main bola, yang ketat dan panjang. Pemakaian stokin juga dilihat lebih kemas.
kredit to : http://www.fydanoh.com/2015/09/stokin-selepas-bersalin-kata-orang-tua-vs-sains.html
nice info..tiba2 rasa teringin nak pakai stokin walaupun bkn berpantang..hehe
ReplyDelete