10 Info Bayi Tidur Yang Ibu Mesti Tahu



Tidur dan bayi memang perkara yang sinonim. Tidur adalah perkara penting bagi seorang bayi. Bayi yang bermasalah untuk tidur mempunyai risiko mood mudah terjejas, sistem imun menurun, dan mengganggu perkembangan otaknya. Bayi memerlukan dua kali ganda tempoh tidur berbanding orang dewasa. Perkembangan otaknya berlaku semasa tidur. Kualiti tidur bayi memberi kesan kepada perasaan, kecerdasan dan keupayaan untuk memberi perhatian dan interaksi kepada persekitaran.
Jumlah jam tidur bayi memberi kesan kepada perkembangan otaknya. Kajian menunjukkan tidur penting dalam pembangunan sistem saraf pusat bayi dan perkembangan bayi secara umum.

Ketahui info berikut tentang tidur si manja anda.

1. Tidur bayi ada dua pra-set kitaran tidur nyenyak dan tidur aktif. Semasa tidur aktif bayi akan mengagah, tersenyu atau mata berkedip. Kemudian bayi memasuki fasa tidur yang nyenyak. Ketika ini perkembangan otaknya berlaku dengan pesat di mana sel-sel otak saling berhubung.


2. Mandi air suam dan urutan akan membantu bayi tidur nyenyak.


3. Enam bulan pertama adalah tempoh bayi menyesuaikan diri dan mematangkan corak tidurnya.


4. Bayi yang tidur tidak berkualiti berisiko mengalami obesiti.


5. Tidur yang cukup mengurangkan risiko masalah kesihatan dan tekanan perasaan bayi.


6. Bayi kurang tidur akan mudah marah dan meragam.


7. Persekitaran yang suram, tenang dan senyap membantu bayi tidur lena.


8. Peralatan katil bayi yang mesra bayi dan lembut pada kulit mengelakkan tidurnya terganggu.


9. Waktu tidur yang konsisten membantu bayi tidur dengan mudah apabila tidab masa tidurnya.


10. Bayi baharu lahir memerlukan jumlah tidur siang dan malam sehingga 16 jam sehari. Apabila meningkat usia 12 bulan, jumlah tidurnya berkurangan kepada 13 jam iaitu 11 jam di waktu malam dan kira-kira dua jam di siang hari (dua kali tidur).

Sumber : Pama

lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test