Dalam usaha untuk mengurangkan berat badan dalam cara yang sihat, tubuh memerlukan zat makanan tertentu untuk membantu menolak rasa ingin makan, mengatur metabolisme dan memastikan sistem pencernaan dalam keadaan baik.
Bagaimana vitamin dan zat makanan boleh membantu merangsang usaha mengurangkan berat badan?
1. Zat Besi
Apabila tidak mendapat zat besi secukupnya, anda akan rasa tidak bermaya, letih dan pening. Oleh itu, amat penting untuk anda memastikan tubuh mendapat zat besi yang dicadangkan iaitu lebih kurang 18mg terutamanya kepada wanita yang sedang haid. Anda boleh memilih untuk memakan daging merah, kacanf dal, kacang dan sayuran berdaun berwarna hijau pekat.

2. Vitamin C
Anda boleh menggandingkan zat besi dengan vitamin C membantu tubuh menggunakan jenis zat besi yang sukar diserap yang ditemui dalam buah-buahan dan sayuran.Selain itu , vitamin C adalah anti-oksidan yang merangsang fungsi sel pada tahap optimum. Apabila sel-sel berfungsi dengan sempurna, otot akan bekerja lebih kuat. Pastikan anda mendapat 75mg vitamin C setiap hari daripada buah oren, lada benggala dan juga kubis kerinting.
Anda boleh menggandingkan zat besi dengan vitamin C membantu tubuh menggunakan jenis zat besi yang sukar diserap yang ditemui dalam buah-buahan dan sayuran.
3. Kalsium
Kajian baru mencadangkan dengan mengambil sejumlah kalsium yang diperlukan setiap hari mampu membantu anda mengurangkan berat atau mengekalkan berat sasaran. Penyelidik mendapati kalsium dapat membantu sel-sel memenuhi potensi maksimum. Bagi memenuhi cadangan pengambilan seharian lebih kurang 1000 sehingga 1200mg kalsium.Ambillah yogurt. Jika anda bukan peminat tenusu, anda boleh mendapatkan kalsium daripada tauhu, salmon dan kubis kerinting.
Kajian baru mencadangkan dengan mengambil sejumlah kalsium yang diperlukan setiap hari mampu membantu anda mengurangkan berat atau mengekalkan berat sasaran. Penyelidik mendapati kalsium dapat membantu sel-sel memenuhi potensi maksimum. Bagi memenuhi cadangan pengambilan seharian lebih kurang 1000 sehingga 1200mg kalsium.
4. Lemak
Lemak tak tepu merendahkan kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik. Untuk mendapatkan lemak tak tepu, anda boleh mengambil minyak zaitun , avokado, kekacang dan lemak ikan sepertu salmon dalam pemakanan seharian anda. Untuk mendapatkan kebaikan makanan tersebut perlulah diambil dalam saiz hidangan yang berpatutan.

5. Vitamin B6
Vitaminn B6 terlibat dalam penghasilan neurotransmiter ( pengutus saraf ) serotonin dan pengatur mood yang lain. Inibpenting kerana apabila anda mengurangkan pengambilan karbohidrat ditapis dan makanan bergula, anda kehilangan serotonin tambahan yang dihasilkan oleh makanan tidak sihat. Kesannya akan membuatkan anda jadi teringun atau mengidam untuk makan roti atau biskut. Jika anda mendapat vitamin B6 yang secukupnya, tahap serotonin akan kekal sama.Untuk mendapatkan keperluan harian vitamin B6 sebanyak 1.3mg, anda boleh mengambul kacang dal , kekacang dan oat.
6. Zink
Mineral zink yang ditemui dalam tisu tubuh boleh menjadi 'kawan baik' metabolisme. Zink membantu penghasilan hormon tiroid yang mengatur metabolisme. Anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 8mg sehari zink dalam pemakanan. Secara kasarnya anda boleh mendapatkannya dalam 3oz biji labu yang merupakan sumber terbaik zink! Anda juga boleh mengambil tiram kerana ia rendah kalori namun pada masa yang sama memiliki banyak protein dan zink. Jika anda tidak suka makanan laut ini, cubalah mengambil kacang dal atau kacang muda.

7. Magnesium
Zat makanan ini memberi kesan terhadap kebolehan untuk mengurangkan berat dalam 2 cara. Carapertama , magnesium memastikan pencernaan berjalan lancar. Ia membolehkan anda membina otot. Ambil lebih kurang 320 sehingga 450mg magnesium sehari. Secara kasarnya 2 sehingga cawan bayam yang telah di masak mencapai keperluan magnesium sehari. Kebanyakan wanita mengalami rasa teringin makan coklat ketika mereka haid apabila tahap magnesium mereka rendah. Coklat gelap boleh menjadi sumber magnesium yang baik. Jika anda risau terlebih makan coklat gelap, anda boleh makan pisang atau sayur-sayuran berdaun hijau gelap.
Zat makanan ini memberi kesan terhadap kebolehan untuk mengurangkan berat dalam 2 cara. Cara
No comments:
Post a Comment