Bimbang si ibu melihat si comel yang semakin meningkat usia namun berat badannya masih ditakuk lama. Pelbagai hidangan cuba disajikan kepada si kecil untuk tarik selera makannya, tapai dia tetap geleng kepala setiap kali diajak makan.
Ya, anak kecil lebih gemar memilih makanan tidak berkhasiat daripada makan makanan yang sihat. Kita yang hidup di zaman serba ringkas ni, memang di kelilingi dengan makanan "ringkas". Kadang-kadang tak dapat elak atas sebab-sebab tertentu .
Apakah punca masalah ini berlaku dan sajian macam mana yang sesuai untuk kanak-kanak kurang berat badan, anda boleh rujuk info ini.
Punca kurang berat badan anak:
1.
2. Kurang selera makan akibat kekurangan zink.
3.
Jadi kalau mak-mak mahu lihat berat badan anak meningkat, anda perlu menyajikan makanan-makanan yang kaya dengan unsur zink seperti:
1.
Hidangkan tiram secara kreatif seperti campur dengan pasta. Tapi pilih pasta yang bentuknya menarik kerana anak kecil suka sesuatu yang nampak comel, inilah cara pujuk si kecil makan dengan lebih banyak. Namun begitu, bukan mudah nak dapatkan stok tiram ,kan ? Jom lihat sumber Zink dari makanan seterusnya....
2.
Kanak-kanak lebih suka ayam berbanding daging. Ajak si kecil bersama-sama masak daging di dapur. Mungkin resipi stik daging dapat menarik minat si comel. Ditambah pula dengan kentang goreng dan sayuran stim. Selain itu antara resipi mudah untuk beri anak makan daging adalah bergedil daging. Pasti anak nak lagi selain dari khasiat kentang yang tinggi karbohidrat.
3.
Ketam juga tinggi kandungan zink, anda boleh hidangkan kepada anak dan cuba masak menu yang tidak pedas, si comel mesti lebih selera. Mungkin sup ketam boleh memikat selera anak-anak. Jika anak seakan ngeri lihat ketam, cuba ambil isi ketam, dan masak seperti buat sup sarang burung. Tambah tepung jagung untuk likatkan kuah sup ketam. Nyum~
4.
Jadikan kekacang seperti badam dan gajus sebagai snek untuk tambah berat badan si kecil. Kalau beli di shopping complex atau kedai runcit, pasti mahal sedikit. Cuba
Cara terbaik ajak anak kurang berat badan untuk makan:
• Tingkatkan pengambilan karbohidrat yang sihat dalam pemakanan seharian.
• Wujudkan suasana ceria semasa makan dan makan bersama anak-anak.
• Jika anak dah faham arahan, ajak mereka untuk menyediakan makanan yang ringkas bersama-sama. Ini cara paling berkesan. Main masak-masak itu yang akan tarik minatnya.
No comments:
Post a Comment