15 Tip elak jaundice semasa pregnant



Selalu kita dengar baby kena kuning/ jaundice di kalangan bayi yang baru lahir. Dah jadi macam kebiasaan pula. Kedua-dua anak saya mengalami jaundice dalam 2 minggu pertama selepas di lahirkan. Jadi, minggu ini saya terfikir kot-kot lah kan diberi rezeki untuk dapat baby lagi, rasanya saya nak amalkan tip-tip untuk elak jaundice terhadap baby. Apa yang saya faham dan saya baca dari sumber-sumber di internet dan testimoni-testimoni ibu-ibu , JAUNDICE/DEMAM KUNING BOLEH DI ELAKKAN ! Caranya, adalah dengan menjaga pemakanan ketika pregnant. 

Mari saya nak share 15 tip yang saya baca dan faham :



 
  1. Kurangkan makan makanan yang beta kerotin tinggi seperti betik, lobak merah







2. Elakkan makan kerang
3. Elakkan makan mee segera
4. Elakkan makanan yang mengandung MSG- Bahan perisa tambahan
5. Elakkan minum air berkarbonat.
6. Elakkan minum ais.






7. Jangan makan jeruk semasa mengandung
8. Jangan makan junk food
9. Jangan makan kacang parang.






10. Minum air glukos original semasa kandungan nak masuk 9 bulan
11. Amalkan minum jus pegaga
12. Minum susu kambing semasa mengandung 2 cawan sehari.
13. Minum susu yang dikisar bersama kurma.
14. Makan makanan yang kaya dengan vitamin D contohnya seperti minyak hati ikan, ikan air masin, hasil tenusu & telur mentega, minyak ikan kod, hati, susu, ikan salmon,sardin, ubi kentang, tuna & minyak sayuran.
15. Makan epal hijau, anggur dan buah delima ( seelok-eloknya minum pati delima 500ml sehari)


Apa Kepentingan Vitamin D Di Dalam Diet Ibu Hamil?
Vitamin D terkenal kerana peranannya dalam mengekalkan kesihatan tulang . Ia membantu tubuh menyerap kalsium dari makanan dan makanan tambahan . Kekurangan vitamin D ketika hamil , boleh menyebabkan bayi kurang vitamin selepas lahir dan kemungkinan perkembangan fizikalnya agak lambat ( merangkak, meniarap,  berjalan ). Akibatnya, banyak kajian membuktikan kekurangan vitamin D ketika hamil  akan memberi kesan terhadap perkembangan pertumbuhan tulang dan fungsi imun bayi semasa meningkat remaja.

Kesan kekurangan vitamin D terhadap ibu hamil pula, mereka berisiko untuk mengalami komplikasi semasa hamil termasuklah Pre-eklampsia dan berkemungkinan bersalin secara C-section.

Tak di nafikan Ostematrix adalah antara supplemen favourite di kalangan ibu hamil masa kini kerana kandungan Vitamin D-3 yang terkandung di dalamnya. 


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test