8 Cara Pujuk Anak Suka Baling Barang


Sewaktu anak sulung saya berumur lebih kurang setahun lebih hingga 2 tahun lebih, dia suka sangat baling-baling barang. Pertama kali saya nampak habit dia macam ni, saya cuma tegur , "wow! kuatnya dia baling~~ " Pada ketika ini saya fikir, waktu begini, dia sedang menggunakan tenaga yang ada padanya untuk menguatkan otot-ototnya. Saya lebih suka anak saya aktif begini dari baring sambil tengok tv . Tapi penat sebenarnya bila tengok rumah bersepah. Apa yang saya buat, saya akan ajak dia kemas sama-sama. Seboleh-bolehnya saya akan kawal perasaan marah kerana psikologi anak-anak lebih relevan berbanding memarahi anak kecil yang sedang membesar.

Anak kecil akan mula tunjuk emosinya ketika usia 18 bulan hingga 3 tahun. Bukan sekadar menangis, tetapi lebih parah anak kecil mula baling barang. Jangan risau jika anak melempar barang, cuba jadikan kegiatan ini untuk perkara yang positif seperti menciptakan batasan. Jom rujuk info ini...


1. Pegang tangannya
Sebelum si kecil melontar barang, segera pegang tangan dan ambil barang yang dipegangnya. Gantikan barang yang akan dilempar dengan permainan yang lebih sesuai seperti bola plastik. Elok alihkan perhatiannya dengan mengajak anak bermain dengan permainan yang baru anda berikan.


2. Jangan jerit
Jika anda selalu menjerit untuk mengelakkannya melempar barang, anak akan belajar bahawa melempar sesuatu boleh digunakan sebagai cara mengancam anda apabila keinginannya tidak dituruti.


3. Pandang matanya dan berkata
Anak pada usia ini tidak akan mendengar bebelan ibu. Sebaiknya pandang mata, pegang benda yang ingin dilemparnya dan katakan, “Ini tidak boleh dibaling. Rosak nanti.”


4. Lontar bersama
Anak akan lebih cepat belajar tentang benda yang boleh dibaling apabila dia melihat objek tersebut. Sediakan barang-barang yang boleh dilemparnya.


5. Konsisten
Jangan mudah tergoda dengan rengekan anak yang gemar melempar. Jika anda sudah melarang, jangan sesekali izinkannya membaling. Singkirkan barang-barang yang berbahaya yang ada berhampirannya. Katakan berulang kali.


6. Suap atau berhenti
Jika anda suka membaling makanan yang sedang dimakan, jauhkan makanan atau peralatannya setelah selesai makan. Kalau baling makanan ketika sedang makan, terus angkat pinggan dan jauhkannya. Ada baiknya ibu menyuapkan anak makan sehingga selesai.


7. Cuba masuk dunia si kecil
Kenal pasti sama anak sedang memenuhi keperluannya untuk melempar atau sedang marah. Jika dia membaling kerana marah, peluk anak sehingga dia tenang. Bila anda sudah boleh bercakap, tanya punca amarah.


8. Pujuk dan lakukan bersama
Jangan memaksa anak mengutip barang yang dilemparkannya dengan emosi marah. Lebih baik anda pujuk dan ajak: “Sayang, mari kita cari kotak merah yang kamu baling tadi. Masukkan dalam kotak semula ya!”


lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test