7 Mitos Yang Selalu Dimomokkan Kepada Ibu Menyusu






Kadang kala ada banyak 'nasihat' tak perlu yang diberikan oleh orang lain kepada ibu yang baharu melahirkan anak pertama dan menyusukan bayinya. Kepada ibu-ibu tersebut, jangan keliru kerana tidak semua nasihat yang diberikan itu boleh diguna pakai. Mungkin anda ada menerima nasihat berikut ini. Abaikan sahaja kerana ia sebenarnya bukan fakta betul tentang penyusuan.


Mitos 1: Jika bayi banyak menyusu, bermakna mereka tidak mendapat susu yang cukup.

Fakta: Sebenarnya susu ibu mudah dihadam. Bayi cepat berasa lapar berbanding bayi yang menyusu susu formula. Jadisusukan bayi baharu lahir anda setiap dua hingga tiga jam sekali.



Mitos 2: 'Rehatkan" payu dara seketika boleh membanyakkan susu.

Fakta : Lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu dihasilkan. Sebaliknya dengan mengurangkan kekerapan menyusukan bayi hanya akan mengurangkan penghasilan susu anda.


Mitos 3: Bayi menyusu susu formula tidur lebih lena.

Fakta: Kajian mendapati bayi yang menyusu susu formula mungkin tidur lama kerana susu botol tidak cepat dihadam. Jadi jarak yang lama waktu menyusu membuatkan bayi tidur lebih lama.


Mitos 4: Bayi menyusu susu ibu tidak sepatutnya menyusu dalam botol kerana ia boleh membuatkan dia keliru puting.

Fakta: Bayi menghisap puting tetapi menyusu di payu dara. Perbezaan antara dua tindakan ini jarang mengelirukan bayi.


Mitos 5: Penyusuan susu ibu mengubah bentuk dan saiz payu dara. 

Fakta: Ketika mengandung, berlaku perubahan kepada payu dara ibu tetapi penyusuan tidak menyebabkan sebarang perubahan. Sebaliknya penyusuan boleh membantu melindungi payu dara daripada risiko terkena penyakit kanser payu dara.


Mitos 6: Jangan kejutkan bayi sedang tidur untuk menyusu.

Fakta: Kebanyakan masa bayi yang akan mengejutkan ibu untuk menyusu setiap dua hingga tiga jam sekali.


Mitos 7: Penyusuan mengelakkan anda daripada mengandung.

Fakta: Penyusuan bukan jaminan boleh mengawal kehamilan. Bagaimanapun pakar, percaya penyusuan susu ibu sepenuhnya berkesan hampir 98% mengawal kehamilan tetapi ia hanya berkesan pada enam bulan pertama sahaja.



lydia

Hiking, Photography and Travelling is my passion. Recently quit my job and now SAHM (Stay At Home Mom) while focusing to getting my normal body shape by consuming Shaklee product. Sama-samalah kita kurus dan sihat dengan Shaklee!!

No comments:

Post a Comment

test